Saturday, November 12, 2011

Cucunde ! Finally you get married..alhamdulillah


Lubna & Raden
 




 Lubna Mohd Fakhruddin..atau cucunde ni sahabat saya semenjak matrik. Kami satu bilik semasa di matrikulasi uia pj dulu. Orangnya cantik dan baik. Bilik 308 A mahallah Zainab Jahsyi adalah tempat pertemuan kami. Semasa hari pendaftaran hanya Kak Nur & Abg Ayie yang menemani Lubna sebab parents dia bekerja kat Mesir. Kak Nur ni kakak angkat Lubna, dia juga orang ganu macam saya. Sejak dari tu, kami menjadi akrab..saya panggil dia cucunde kerana saya ni nende. haha, lawak kan..macam panggilan dalam istana pulak. kami bertiga, saya, neera dan lubna..masing2 ade gelaran masing2..saya lahir paling awal maka jadilah saya nende, neera jadi bonda dan lubna jadi cucunde.

Cucunde ni anak perempuan sorang dalam family, maka majlis perkahwinannya dijalankan dengan penuh meriah baru2 ini, tetapi masih menjaga batas2 syarak. Alhamdulillah, tiada majlis bersanding seperti yang lazimnya dilakukan sesetengah masyarakat melayu kita. Alunan zikir mengiringi pengantin masuk ke dewan majlis. Saya suka sangat ! ^_^

Cuncunde dah jadi milik orang sekarang, tak leh dah nak lepak bilik nende suka2 ati lagi..huhu, takpe, moga rumah tangga cucunde & suami diberkati Allah..moga mendapat anak yang soleh & solehah. Amin.

With Love,
 Nende ( Mar )


 Stage makan beradap yang comel & simple ^_^












 Pengantin bersama family Raden


Pengantin bersama family Lubna


No comments:

Post a Comment