Sunday, December 18, 2011

Bersyukurlah ~

Hidup ini penuh dengan rahsia. Rahsia yang kadang2 tak terfikir oleh kita bahawa ianya adalah satu rahsia. Rahsia kasih sayang Allah kepada hambanya. Bilamana dah tersungkur, dah terlelepok jatuh tak berdaya, barulah perasan masih ada yang sayang, masih ada yang ambil peduli. Walhal, sebelum ini, mengingatinya tidak pun kita buat. Lupa daratannya kita. Lupa nak sujud walau 5 minit untuk satu waktu pada sang khalik.

Allah amat sayang pada kita sahabat2, sangat2 sayangkan kita. Kita lupakan dia, tapi dia tetap datang saat kita merintihkan bantuannya.

Apa lagi yang nak dibuktikan tanda rahsia cintanya pada kita. Bersyukurlah kita masih diberikan nikmat makan & kesihatan. Jika sakit pun, bersyukurlah kita masih diberikan nikmat bernafas atas muka bumi miliknya ini. Apa lagi sahabat2, apa lagi yang perlu saya catatkan untuk membuktikan tanda sayangnya Tuhan kepada kita. Sudah2 lah merungut, bersyukurlah.

Jika rasulullah yang Allah telah janjikan syurga buat baginda itu pun masih bersujud tanda mensyukuri nikmat yang Allah berikan, apatah lagi kita, yang belum tentu ke mana pengakhirannya ini. Syurga atau neraka, hanya amalan dan redha Allah menentukan segalanya.


Terbayang-bayang akan suasana syurga..yang mengalir sungai dibawahnya..rimbunan pohon yang dipenuhi buah-buahan..tiada satu pun tempat di dunia ini yang mampu menandingi keindahan syurgamu ^^

Road to Jannah ~
Hanya dengan redha & rahmat Allah ^^