Monday, September 24, 2012

Sublime 08


Nur Amni masih tidak percaya dengan apa yang baru sahaja diterangkan. Huh? Semudah tu ke kawen. And Along pulak tu. Teringat akan dialog dengan Zara dulu, along akan berubah kalau dia kawen kata Zara. Let see, what’s gonna happen ya friend. Masih dalam mood tidak percaya sebenarnya.

“Fikir ape tu ngah?” Ulwan ambil remote controller. Tukar channel. Ade ke lelaki macho macam dia ni nak layan drama air mata. Memang takkan la.

“Along dah kawen. Logik ke chik?” Amni dah berkalih duduk, menghadap adik kesayangan.

“Laa, pasal tu lagi ke? Logik la ngah. Memang diorang dah kawen pun kan. Perlu ke nak fikir lebih-lebih ni. Bazir masa jela. Huhu.”  Layan kartun lagi best.
Gedebuk!

“Adoi, sakit la ngah..” digosoknya lengan sendiri. Dipandangnya senjata (bantal je pun sebenarnya) yang digunakan

“Sori-sori. Huhu, takde la. Macam tak percaya pulak along dah kawen. Boleh tahan ke wife dia ngan perangai along tu.” Ulwan dah gelak sakan tengok kartun yang tengah main kejar-kejar kat TV.

“Angah tutup TV tu karang..” Ulwan dapat  jelingan maut sedas.

“Ye, my sister..ala, relax la ngah. Benda simple jangan la kusutkan minda pulak. Achik tau la angah tu thinker. Tapi ber realiti sikit boleh tak? Along cakap dia dah kawen kan. Umi dan abah pun dah ok semua. Kita juz doakan la kebahagiaan along ngan wife dia tu. That’s all we need to do. Ok, memang la nampak macam tak cukup perasa kisah kawen along tu, tapi benda dah jadi kan. Tugas kita kene bantu kakak ipar kita yang comel tu sesuaikan diri dengan family ni. Betul tak?.”

“Whoa..who’s talking ni? Tiba-tiba angah rasa adik angah dah matang la. Nak kawen macam along tak?.” Sambil pegang pipi Ulwan.

“Isy, ade pulak tanya soalan macam tu.” ditepisnya tangan Amni
“Achik muda lagi la.”
“Along pun muda ape.”
“Takleh..takleh..along tu kes lain..”
“Yela..bosan la cakap ngan achik ni. Angah pi study lagi best.” Langkah diatur menuju ke bilik.

“Amboi, kakak aku sorang ni..dah dia kacau aku tengok kartun ajak sembang pasal along. Boleh pulak cakap bosan. Pape jela ngah oi.” Tukar channel, kartun dah habis. Ahha, football time. Nasib baik angah dah naik bilik. Masa untuk diri sendiri bermula.


“Berapa lama break kali ni?” Iman memulakan perbualan. Saja bawak Najah keluar makan kat restauran, umi la yang beria suruh dia ajak Najah keluar makan. Padahal banyak je lagi makanan ka rumah tu. Bila Najah tanya kenapa tak makan kat rumah je, dia cakap lauk dah habis. Najah gelak  je dengar, bukan ape.. nak kelentong pun agak-agak la encik suami, saya yang tolong umi masak tadi tau. Haila.

“ 3 months.” Jawab Najah. Mata tengok pinggan.

Iman hanya pandang kelakuan Najah. Senyum je. Macam tak percaya je orang kat depan ni dah jadi wife dia. Eh, sejak bila pulak nak ikut jejak langkah angah ni. Percaya, please percaya.

Iman berdehem. “Nanti, saya akan sambung master kat sini. UIAM, kat Gombak.”

Terus Najah pandang Iman. “Owh.” Sepatah je keluar. Tak tahu nak cakap ape. Mata tengok pinggan balik, dia dah start main kuis-kuis mee dah kat pinggan tu. Perasaan bercampur baur.

“Najah, we need to talk seriously about this marriage.”
“Ok, I know it’s hard for you. It’s hard for me too Iman.”

“Listen, saya perlukan masa untuk semua ni. Masih banyak yang perlu saya belajar tentang rumah tangga. Saya taknak gagal dalam hal ni. Bagi saya, perkahwinan tu biarlah sekali dan haruslah sampai syurga. Saya taknak kecewakan orang-orang disekeliling saya, umi, abah..my siblings…dan awak..Najah.”

Najah senyum apabila mendengar namanya. “Saya faham. We should give time to each other kan. It’s better than rushing into awkward relationship.” 

“Thanks Najah. Thanks for your understanding.”

Najah angguk. Matanya dah bergenang. Kalau itu yang Muhammad Iman mahu, dia akan bersetuju.
  
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Tak sangka pulak aku, kau nak sambung buat master kat UIA ni.” Masih ramai pelajar berpusu-pusu membeli makanan di Café Econs. Faisal menyedut air teh o ais. Cuaca agak panas. Nasib baik dia duduk betul-betul bawah putaran kipas. Rasa berangin la sikit.
“Sangka la. Aku kat sini dah pun. Attend class sama-sama  ngan kau tadi.” Iman dan Faisal berkawan sejak sekolah menengah. Habis spm, dia ke UK dan Faisal ke UIA. Masing-masing ambil major yang sama, engineering.

‘’Yela tu..eh, kau smoking lagi ke Man?” soalan yang memang dia tak suke kalau ade orang tanya. Tapi Faisal ni baik, teman sejati kot. Takkan dia nak marah-marah macam yang selalu dia buat kat angah tu kan. Matang la sikit.

“A’ah..”
“Aku, entahlah..rasa macam kesian kat orang sekeliling aku. Tapi, smoking ni dah macam nadi idup aku dah. Kalau tak smoking, aku takleh buat kerja dengan baik, takleh stay up.”  
“Public rights prevails private rights.” Mendatar je suara kawan sorang tu.

“Aku tahu..” 
“Tapi sebab rokok ni dah masuk topik penting dalam kamus hidup aku, jadinya my rights prevail others right. Ada paham?”

“Huh? Rule mana yang kau pakai ni Man?”

“Eh eh, dia ni..kau menadah kitab undang-undang ngan angah aku ke Faisal?”

Iman pandang sahabatnya lama. Faisal menjungkitkan bahu. Dah malas nak layan ..untuk ketika itu la. Lain waktu dia akan lontarkan hujah yang lagi mantap.

Monday, September 17, 2012

Barakallah Puan Karimah



Semoga Allah memberkati rumah tangga sahabat saya ini sampai ke syurga. Amin, amin, amin.

Mabruk Puan Hidayatul Karimah & Tuan Aminurrasyid.

pengantin perempuan bersama dayang-dayang rumah manis 
(ahli rumah pengantin perempuan sebelum bergelar isteri)