Tuesday, December 31, 2013

Aku dan Quartet..


Tetiba rasa macam dalam Quartet tu. Owh..taknak !!

Macam tu ke aku? Rasa macam nak hempuk kepala ni dengan kusyen pun ada. Seriusly, i hate that.

Macam takde benda lain nak jadi. Hah..separuh hidup ni rugi la kalau nak dibazirkan macam dalam Quartet tu. Banyak kerja lain boleh setel ngah.

Jangan fikir. You are not that stupid person la ngah.You deserve something more than that okayy. Blaja tinggi-tinggi. Ada dua degree. Siap konvo dua kali kot..

Bangkit dengan semangat baru. Aku anak muda. Kalau semangat lemau macam ni, baru nak jejak sempadan Syria..Palestin agak-agak mesti dah lembik lutut kan..budak-budak kat sana agaknya nak baling batu kat tentera jahat tu tak jadi..terus baling kat aku :(

Hai..sia-sia kene tarbiyah masa tamrin dulu..sapa taaruf aku dulu ni?? Orang tu takde dosa pun ngah.
Kau tu je yang lumpuhkan semangat tarbiyah..lupa diri..

Bangun lah wahai jiwa..
Bangkitlah segera..
Sucikan hati..
Usaha..
Niat dan matlamat biar seiring..
Jadi atau tak..
tak payah sembang kencang..
sebab tu kerja Tuhan..


#Selamat Tahun Baru
#2014:0350

Tuesday, September 24, 2013

Indah 9 (nama baru bagi Sublime)

“Korea,korea, korea…takde benda lain ke?” achik duduk di sofa, sambil mata padang majalah Solusi. Best jugak isu kali ni, banyak syarahkan perkara yang berkaitan dengan hati.
Kalam Imam Al-Ghazali...

"Carilah hatimu di tiga tempat. Cari hatimu sewaktu membaca al-quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui,juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada masa itu kau tidak lagi mempunyai hati."

“Diam ah !” bengang sebab achik kacau kosentrasi dia tengah tengok hero kacak dan heroin cantik sedang berdrama swasta.
“Erm..yela..tengok la sampai muntah.” Achik dah bangun pergi dapur, malas nak melawan hujah-hujah yang bakal keluar dari mulut angahnya, si lawyer to be tu.
“Assalamualaikum..” wajah abah dah terjengul depan pintu. Baru balik dari masjid dengan along.
“Buat ape tu ngah?” abah dah bukak channel dokumentari dah. Feveret channel. Along dah menapak ke bilik. Cari kak Najah.
Angah pandang sekilas ke arah TV. Erm, boring betul channel abah ni.
“ Layan korea sekejap abah..” sambil sengih pandang abah.
“Sekejap angah tu dah nak dekat dua jam lebih kan? “ abah dah geleng kepala. Haila, anak dara sorang ni. Dah terjebak dengan hiburan korea pulak dah. Bukan reti nak control, hari-hari duk buat benda sama.
“Erm, dah nak habis dah ni bah. Sikit lagi ni.” Bakal lawyer kan, memang la menjawab aje kerjanya.
Abah diam je pandang TV. Tapi otak berfikir tentang angah dan korea. Kene buat sesuatu ni. Dipandang sekilas jam ditangan. 10.30 malam. Ditutup TV.
“Angan nanti jangan lupa tutup semua lampu kat bawah ni. Abah dah nak naik tidur.”
“Orait bos !” matanya masih melekat pada skrin laptop. Abah hanya menggelengkan kepala. Anak dara aku sorang nila.
“Tak habis lagi ke layan korea tu ngah?” Achik cuba beramah mesra dengan kakaknya. Amni hanya menjeling orang disebelah. Tiba-tiba je ni, mesti ade apa-apa.
“Best sangat ke korea tu”
“Best la. Lawak kot. Ini rancangan running man. Cube tengok.” Dialihkan sedikit laptop ke arah Ulwan. Terbahak-bahak Ulwan ketawa.
“Lawak la ngah. Haha.”
“Tau pun. Boleh release tension tau tengok running man ni. Dah-dah pergi sana. Angah nak layan running man ni sorang-sorang.” Ditarik balik laptop itu ke arahnya.

Beep...Beep...

Ada mesej masuk. Amni hanya mengerlingkan matanya kearah android berwarna putih itu. Aidil. Nama yang sangat sinonim dalam hidup Amni sejak dia kecik lagi. Seorang yang tidak banyak bercakap. Kalau dengan Amni, selalunya dia akan lebih banyak mendengar Amni berceloteh. Kata Zara, Aidil tu macam alongnya. Memang la macam along sangat. Aidil ni adik beradik susuan Amni. Tak batal air sembahyang dan tak batal wudu’. Sebabnya, masa Amni kecik dulu mama Aidil dengan murah hatinya menyusukan Amni. Waktu tu umi sakit teruk lepas lahirkan Amni, tak mampu nak bagi susu badan kepadanya. Mama Aidil memang penyayang. Sangat sayangkan Amni. Dia selalu cakap, kalaulah tak kerana dia pernah menyusukan Amni dulu, mesti dia akan kahwinkan Amni dan Aidil. Dan dia dan Aidil hanya mampu gelak tiap kali mama timbulkan isu tersebut. Rapatnya dengan Aidil melebihi rapat dengan along sendiri. Kamcing baik punya. Aidil belajar di tempat yang sama dengan along. Glasgow.

 “Salam alaik. Lady, I’m very very sure you gonna like this. Dr. Al-Arifi will have a public talk at Glasgow this Friday nite ! Haha.. Jangan jeles ya. Bye ! Have a good day ya lady.”

What???
Dr. Al-Arifi pergi Glasgow? Oh noo..mamat ni memang pandai buat aku sentap.
Ok. Jangan layan.
Disorokkan handphone di bawal bantal. Sambung tengok running man is better. Tapi, diambil balik handphone tadi. Amni berfikir-fikir. On YM is much much better.

Amni_Vista:
Dil !!!! Mana aci, orang nak pegi denga jugak talk dia. He’s such a great writer for me. How lucky you are. So so so jealous...sob..sob...Dil saje je kan nak buat orang berduka lara kat sini sebab tak leh join talk tu.”

Dil_Azlan:
Whoa..scary lady tak tido lagi? Buat ape? Korea la tu tak habis-habis. Ape la anak dara sorang ni...isy..isy..isy..

Amni_Vista:
Ada orang kesah!!! Sebok jela :p Dr. Al-Arifi buat talk pasal tajuk ape?

Dil_Azlan:
Actually it’s quite different from what you had read from his book. This time around is more to curent issue. We’ll disscuss about arab spring. Specifically about Egypt and Syria. Maybe its sound unfamiliar to you lady.

Amni_Vista:
Yaa..its unfamiliar to me. I knew a little bit la what’s going on in Egypt and Syria..but i don’t think its a big issue here Dil. Arab people love to fight with each other right. Its become their culture...maybe..

Dil_Azlan:
Oh no ! You get it wrong lady. There must be some misunderstanding here and there. Its not their culture la..Semua yang you denga dan baca tu..it must be from the wrong sources. Don’t listen to BBC or your homeland TV station yang obviously corrupt tu.  

Amni_Vista:
Ahha...it sounds like a politician here.

Dil_Azlan:
Not really. Its more like a super power man who love to save the world from corrupt people J Haha..

Amni_Vista:
Owh yeah..But Dil..i think it will be interesting if I be there too. This is great kan. Kita tak penah tahu ape pandangan dia pasal current issue. Its something different..How I wish I will be there..omma..oppa..sponsor tiket plizzz..

Dil_Azlan:
Tiket?? Ape tu? Sejenis kuih barukah? Hahaha. Just stay there la lady, Don’t go anywhere. Teman your kakak baru tu. Help her to suit your family. Okay dear?

Amni_Vista:
Kuih pulak. Mancis betulla dia ni :p Okay boss..i will teman my new kakak baik-baik. Take care ya. Jangan ngorat-ngorat minah saleh pulak. Belajar elok-elok ye nak. Jangan lupakan mak ayah di kampung yang bersusah demi pelajaranmu itu.

Dil_Azlan:
Owh..itu sangat tidak drama ok ! You tu stop watching korean drama or whatever show laa dear. Bye lady, take care. Salam untuk umi, abah dan semua.

Amni_Vista:
Erk....Ok. Bye...Assalamualaikum w.b.t

Tuesday, July 16, 2013

Untuk Siapa



Kita hidup untuk Tuhan yang satu. Yeah, tepat sekali. Skema kan jawapan tu. Jawapan islamik versi silibus usrah atau kuliah haraki tu.

Kadang-kadang apa yang kita buat atau kita nak buat tu banyak sebab orang lain. I mean, bukan sebab kita betul-betul nak buat.

Terhutang budi..

Tunaikan impian bla  bla  bla..

Kesian..

Takut..

Terpaksa.

Semua ni boleh buat jiwa jadi kacau kan. Tak ikhlas. Dan yang penting sekali mungkin perkara yang kita nak buat tu tak kekal lama. Sebab kita takde hati pun buat benda tu. Benda tu jadi tak best.

Kita hidup ni bukan sorang-sorang la. Kene la ikut pandangan orang lain jugak. Yeah. That is so true. Tepat sekali untuk mereka-mereka yang suka hidup semata-mata nak please kan orang sekeliling.

Kalau aku buat ni, nanti ape pulak kata....

Kalau aku tak buat ni, mesti orang....

Kalau aku tak ikut cakap, mesti....

Only if we could handle all those obstacles wisely..

We'll be able to be who we want to be.

Just be you.

Hidup memang takkan pernah puas kalau sentiasa nak buat sesuatu untuk hamba-hambaNya yang sememangnya tak pernah puas.

Hanya apabila kita buat untuk Tuhan dan diri kita.
Kita akan lebih menghargai makna sebenar kehidupan ini.
Mak. Ayah. Abang. Adik. Suami. Isteri. Anak.
Semua tu pinjaman je weh. Allah pinjamkan kat kau supaya kau boleh buat ibadah. Supaya kau boleh tambah amalan dalam buku amalan. Supaya ade markah yang malaikat kat sebelah kanan atau kiri kau boleh catat.

Tapi kita ni tamak kan. Kita ingat semua tu milik kita sampai bila-bila. Tak sedar diri. Dah la sombong. Berlagak pulak tu.

"I cinta you sampai bila-bila."

"Dia adalah milik saya."

"Saya buat ni sebab mak ayah saya."

Hek dia. 

Itu la, kalau diri dah lupa hidup ni sebenarnya untuk siapa.




salam muhasabah.
6 Ramadhan 1434H
15 Julai 2013
11.47 pm

Sunday, May 19, 2013

Kita adalah guru

"Guru yang mengajar tetapi sebenarnya tidak mendidik. Dia just bagi ape yang dia tahu tetapi tidak mengambil kira keadaan pelajar. "

Sentap?

Makan dalam?

Konsep dakwah atau pendekatan tarbiyah yang pernah saya belajar suatu waktu dulu melalui tiga tingkatan fiqh.

1. Fiqhul Nas - Dalil utama/asas seperti Al Quran dan As Sunnah.

2. Fiqhul Waqi'- Looking at the situation and condition of the person.

3. Fiqhul Tanzil - Applying the suitable law and protect the maqsad.

Selamat beramal ! ♥

Wednesday, April 24, 2013

tahniah sahabatku


Akhirnya aku ke perak..
Meraikan hari bahagia seorang sahabat..
Semoga Allah sentiasa meredhaimu sahabat..

Wednesday, February 27, 2013

Berikan Aku Pahala




Ya Allah,
Engkau gantikanlah kesedihan ini dengan sesuatu yang lebih baik..
 
Engkau berikanlah aku pahala atas kesabaran dalam ujian ini..
 
Engkau berikanlah aku  kekuatan agar aku dapat terus berjalan..

Saturday, February 2, 2013

Barakallah Hafiz & Dilla


Tahniah Hafiz, manager printing & design One Heart Creative Solution. Semoga bahagia sampai ke syurga..Amin Ya Allah. Bina keluarga soleh solehah ye sahabatku ^ ^

Monday, January 28, 2013

Trip ke kenduri Kawen ~ Ganu Lagi



Jumaat malam (25 jan 2013) bertolak ke Terengganu. Bermusafir, konvoi tiga kereta ke Besut. First time saya balik Terengganu lalu jalan Kelantan, Gua Musang. Mak aih jalan dia..boleh tahan 'lawa'. Sempat tengok highway yang sedang dalam pembinaan oleh kerajaan negeri Kelantan. 

Yang menariknya, aktiviti memotong kereta lain yang dilakukan dengan begitu berstrategi..hehe,

Berstrategi sebab kami menggunakan walki talki untuk dapatkan info kenderaan yang berada di sebelah kanan jalan. Satu kereta akan berada jauh didepan, manakala dua kereta yang agak lambat berada di belakang. Sebaik terima arahan..kami dengan confidentnya akan potong kereta2 lain..


"Jalan depan clear tak? boleh potong tak ni?"

"Clear..clear, boleh potong.."

Ini second trip yang saya join skali dengan muslimin. Aisy diorang ni, ade je lawak jenaka mase bawak kereta.. tak nak bagi mengantuk la katakan..hehe, melawak2 jugak, jangan sampai hilang pahala musafir..kata seorang sahabat ^ ^

Sebab utama saya join sebab pergi ke negeri sendiri..saya sayang Terengganu. Tapi next time, insyaallah akan join jugak kalo pi negeri lain pun..demi ukhuwah sesama sahabat..manisnya apabila semuanya kerana Allah kan. Serius best ! Aisyah dan Nabilah pulak makin serasi dengan khalah2 dan pakcik2 dia. Keletah Aisyah lah yang selalu buat kami terhibur semasa bermusafir..Saya sayang sahabat2 saya dan anak2 sahabat2 saya (^^)

Tuesday, January 1, 2013

New Year - 2013

Di konsert hibur didik anjuran Dewan Pemuda Pas Gombak. Memakai baju AMAL Muslimat. Saya bersama ahli rumah manis - mereka sahabat, merekalah teman seperjuangan..Dari kampus uia sampai sekarang. Kami tetap kami. Ukhuwah yang indah, hanya pabila susah senang saya ada kalian. Bersahabat kerana Allah. Ya Allah, berkati ahli rumah manis. Amin ya rabbal alamin. 

Dari kiri: Akmal Aina, Shahidat, Busyra, saya, Amie, Aida, Izyan, Zurina dan Radziah.