Tuesday, September 24, 2013

Indah 9 (nama baru bagi Sublime)

“Korea,korea, korea…takde benda lain ke?” achik duduk di sofa, sambil mata padang majalah Solusi. Best jugak isu kali ni, banyak syarahkan perkara yang berkaitan dengan hati.
Kalam Imam Al-Ghazali...

"Carilah hatimu di tiga tempat. Cari hatimu sewaktu membaca al-quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui,juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada masa itu kau tidak lagi mempunyai hati."

“Diam ah !” bengang sebab achik kacau kosentrasi dia tengah tengok hero kacak dan heroin cantik sedang berdrama swasta.
“Erm..yela..tengok la sampai muntah.” Achik dah bangun pergi dapur, malas nak melawan hujah-hujah yang bakal keluar dari mulut angahnya, si lawyer to be tu.
“Assalamualaikum..” wajah abah dah terjengul depan pintu. Baru balik dari masjid dengan along.
“Buat ape tu ngah?” abah dah bukak channel dokumentari dah. Feveret channel. Along dah menapak ke bilik. Cari kak Najah.
Angah pandang sekilas ke arah TV. Erm, boring betul channel abah ni.
“ Layan korea sekejap abah..” sambil sengih pandang abah.
“Sekejap angah tu dah nak dekat dua jam lebih kan? “ abah dah geleng kepala. Haila, anak dara sorang ni. Dah terjebak dengan hiburan korea pulak dah. Bukan reti nak control, hari-hari duk buat benda sama.
“Erm, dah nak habis dah ni bah. Sikit lagi ni.” Bakal lawyer kan, memang la menjawab aje kerjanya.
Abah diam je pandang TV. Tapi otak berfikir tentang angah dan korea. Kene buat sesuatu ni. Dipandang sekilas jam ditangan. 10.30 malam. Ditutup TV.
“Angan nanti jangan lupa tutup semua lampu kat bawah ni. Abah dah nak naik tidur.”
“Orait bos !” matanya masih melekat pada skrin laptop. Abah hanya menggelengkan kepala. Anak dara aku sorang nila.
“Tak habis lagi ke layan korea tu ngah?” Achik cuba beramah mesra dengan kakaknya. Amni hanya menjeling orang disebelah. Tiba-tiba je ni, mesti ade apa-apa.
“Best sangat ke korea tu”
“Best la. Lawak kot. Ini rancangan running man. Cube tengok.” Dialihkan sedikit laptop ke arah Ulwan. Terbahak-bahak Ulwan ketawa.
“Lawak la ngah. Haha.”
“Tau pun. Boleh release tension tau tengok running man ni. Dah-dah pergi sana. Angah nak layan running man ni sorang-sorang.” Ditarik balik laptop itu ke arahnya.

Beep...Beep...

Ada mesej masuk. Amni hanya mengerlingkan matanya kearah android berwarna putih itu. Aidil. Nama yang sangat sinonim dalam hidup Amni sejak dia kecik lagi. Seorang yang tidak banyak bercakap. Kalau dengan Amni, selalunya dia akan lebih banyak mendengar Amni berceloteh. Kata Zara, Aidil tu macam alongnya. Memang la macam along sangat. Aidil ni adik beradik susuan Amni. Tak batal air sembahyang dan tak batal wudu’. Sebabnya, masa Amni kecik dulu mama Aidil dengan murah hatinya menyusukan Amni. Waktu tu umi sakit teruk lepas lahirkan Amni, tak mampu nak bagi susu badan kepadanya. Mama Aidil memang penyayang. Sangat sayangkan Amni. Dia selalu cakap, kalaulah tak kerana dia pernah menyusukan Amni dulu, mesti dia akan kahwinkan Amni dan Aidil. Dan dia dan Aidil hanya mampu gelak tiap kali mama timbulkan isu tersebut. Rapatnya dengan Aidil melebihi rapat dengan along sendiri. Kamcing baik punya. Aidil belajar di tempat yang sama dengan along. Glasgow.

 “Salam alaik. Lady, I’m very very sure you gonna like this. Dr. Al-Arifi will have a public talk at Glasgow this Friday nite ! Haha.. Jangan jeles ya. Bye ! Have a good day ya lady.”

What???
Dr. Al-Arifi pergi Glasgow? Oh noo..mamat ni memang pandai buat aku sentap.
Ok. Jangan layan.
Disorokkan handphone di bawal bantal. Sambung tengok running man is better. Tapi, diambil balik handphone tadi. Amni berfikir-fikir. On YM is much much better.

Amni_Vista:
Dil !!!! Mana aci, orang nak pegi denga jugak talk dia. He’s such a great writer for me. How lucky you are. So so so jealous...sob..sob...Dil saje je kan nak buat orang berduka lara kat sini sebab tak leh join talk tu.”

Dil_Azlan:
Whoa..scary lady tak tido lagi? Buat ape? Korea la tu tak habis-habis. Ape la anak dara sorang ni...isy..isy..isy..

Amni_Vista:
Ada orang kesah!!! Sebok jela :p Dr. Al-Arifi buat talk pasal tajuk ape?

Dil_Azlan:
Actually it’s quite different from what you had read from his book. This time around is more to curent issue. We’ll disscuss about arab spring. Specifically about Egypt and Syria. Maybe its sound unfamiliar to you lady.

Amni_Vista:
Yaa..its unfamiliar to me. I knew a little bit la what’s going on in Egypt and Syria..but i don’t think its a big issue here Dil. Arab people love to fight with each other right. Its become their culture...maybe..

Dil_Azlan:
Oh no ! You get it wrong lady. There must be some misunderstanding here and there. Its not their culture la..Semua yang you denga dan baca tu..it must be from the wrong sources. Don’t listen to BBC or your homeland TV station yang obviously corrupt tu.  

Amni_Vista:
Ahha...it sounds like a politician here.

Dil_Azlan:
Not really. Its more like a super power man who love to save the world from corrupt people J Haha..

Amni_Vista:
Owh yeah..But Dil..i think it will be interesting if I be there too. This is great kan. Kita tak penah tahu ape pandangan dia pasal current issue. Its something different..How I wish I will be there..omma..oppa..sponsor tiket plizzz..

Dil_Azlan:
Tiket?? Ape tu? Sejenis kuih barukah? Hahaha. Just stay there la lady, Don’t go anywhere. Teman your kakak baru tu. Help her to suit your family. Okay dear?

Amni_Vista:
Kuih pulak. Mancis betulla dia ni :p Okay boss..i will teman my new kakak baik-baik. Take care ya. Jangan ngorat-ngorat minah saleh pulak. Belajar elok-elok ye nak. Jangan lupakan mak ayah di kampung yang bersusah demi pelajaranmu itu.

Dil_Azlan:
Owh..itu sangat tidak drama ok ! You tu stop watching korean drama or whatever show laa dear. Bye lady, take care. Salam untuk umi, abah dan semua.

Amni_Vista:
Erk....Ok. Bye...Assalamualaikum w.b.t