Sunday, August 21, 2016

Belajar – Bekerja - Berkeluarga


Dulunya masa belajar pernah terfikir bila habis belajar nanti tak mahu bekerja. Mahu duduk relaks saja. Kahwin dengan orang berada lepas itu goyang kaki saja malangnya itu hanya ilusi semata.Hahaha

Complete Double Degree Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Syariah 2012. Mula mencari arah kehidupan. Satu-satunya lagi ‘benda wajib’ yang kena aku tempohi adalah chambering. Ramai yang mengingatkan “Kalau taknak practice pun takpe, asalkan chambering dah complete”. At least kalau sekarang taknak practice dah umur 40 tahun nanti tetiba “ehh..macam nak practice lahh pulak..haa” Masa tu kan kau dah ade order long call masa chambering dulu. Tinggal nak apply Practising Certificate ja dengan Bar Council. Ibaratnya basuh kaki dengan sabun sikit, dah boleh masuk rumah haa gitu.

Pernah jugak dulu attend beberapa interview gomen. Pegawai Tadbir Diplomatik dan Pegawai Syariah. Tapi mungkin dah tercatat rezeki aku bukan dengan gomen. Almaklumlah result degree aku ni pun ala-ala je mana la nak lepas join gomen. Frust yang amat masa tu sebab aku waktu muda mudi dulu dihantui dengan mindset kerja gomen la best sebab ada pencen..secure. Dulu la. Sekarang dah matang sikit dan rasa semuanya terpulang pada diri sendiri. Dan aku pun join swasta. Jadi lawyer cabuk. Hihi. Just kidding. Tak pasal pulak aku kene tegur dengan Bar Council karang merendahkan martabat profesion kepeguaman. Hakhak

Jadi lawyer ni mencabar jugak sebenarnya. Kene pandai handle client kalau taknak kene sembur dengan sesetengah yang mudah naik angin tu. Tapi ramai je yang cool. Mula-mula dulu kurang confident jugak. “Can I do this?” selalu tanya diri sendiri. Nasib baik bila kerja dapat bos lelaki. Kurang emo. Banyak beri tunjuk ajar. Apa lagi, memang heaven la kerja aku jadinya. I love my job! Setiap kali appear depan judge, tak dinafikan perasaan nervous tu still ada walaupun dah hampir 3 years practice. Tapi bila settle je kes kat court, happy-happy-happy!  

Jadi lawyer ni fun weh. Tapi ramai je yang tak tahu aku ni lawyer sebab aku bukan jenis dressing sangat macam sesetengah orang tu. Lagipun aku jenis simple. Main redah asal tutup aurat. Tapi bila masuk bab kesihatan family aku, aku akan terus terang bahawa aku lawyer dengan kakitangan hospital. Reason? Sebab diaorang akan teliti sikit bila tahu kau ni  lawyer. Hahaha. Aku tak pernah gertak pun diorang. Aku ni jenis study tahap kesihatan family members aku yang admit ward/pergi check up. So, I have some knowledge. Jangan nak kelentong atau buat tak endah with me!

Berpengalaman berhadapan dengan situasi “sakit hati” semasa anak ditahan di wad di sebuah hospital. Bila mana aku “paksa” pihak hospital to discharge my precious son, dan aku minta untuk berjumpa dengan doctor pakar..tiba-tiba 4 orang doktor attend aku. One of them is specialist, two MO and one housemanship. Masa tu hakikat terbongkar bahawa diorang kurang cakna akan anak aku dan bagitahu maklumat bukan-bukan pada kami. Specialist tu sangat baik dengan aku. Dia tahu aku study tentang report anak aku sebab aku boleh explain semuanya kat dia. Don’t play-play with me eventhough nurse kat hospital tu marah husband aku baca laporan perubatan anak aku yang ada atas meja. Kenapa nak marah, we have right as parents kot. Walaweh..Tapi aku dengan suami aku cool je. Siap kau nurse. Dengan specialist tu semua aku bagitahu. Siap specialist tu cakap kat aku “kita tak gaduh kan?”. Aku ni baik hati “tak la doctor, terima kasih kerana merawat anak saya. Tapi saya nak keluarkan anak saya hari ni boleh doktor?” Doktor tu baik sangat, dia faham situasi dan benarkan anak aku discharge. Alhamdulillah, sampai sekarang dengan izin Allah anak aku sihat Cuma makin besar ni makin mengada-ngada sikit la sebab dah pandai ajak kami main pukul 5 pagi. Uwaa! Ngantuk weh.takpela nak, asalkan sihat dan aktif. Siang malam umi abah doa untuk kesihatan anak. Moga Allah pelihara.  Amin.

Aku harap sangat dua-dua, suami dan anak aku sentiasa sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit yang bahaya. Terima kasih ya Allah, mereka anugerah terindah untukku, amanah yang sangat bernilai. Permata hati jantung limpa dan paru-paruku. Hakhak