“Er..Najah, are you still
there?”
“Yes,yes, I’m here..”
Najah menggigit bibir, nervous sangat sebenarnya ni. Dah lama benar tak dengar
berita dari orang tu.
“Next week..start break
kan?”
“A’ah”
“Come to Malaysia..” arah
Iman
Hati Najah dah berbunga
riang. Terbayang sawah padi di Pendang. Akhirnya.
“Ok.” balas Najah.
Ok je? Iman dah mula
bermonolog. Taknak tanya kenapa suruh datang Malaysia ke dia ni. Lantak
la,bukan penting pun pertanyaan tu. Yang penting orang di sana sudah setuju
untuk pulang. Ada misi penting yang perlu diselesaikan dengan orang itu.
“So, see you next week.
Assalamualaikum.”
“Alright then,
waalaikumussalam waramatullah.” tanpa sedar wajahnya mengukir senyuman untuk
beberapa saat sebelum berubah riak. Ceh, bagi arahan macam ape je dia ni. Yela
Najah, bajet dia nak cakap lemah lembut ke dengan awak.
Dan orang di Malaysia itu
masih kaku di situ, di sisi jendela bilik. Memikirkan perancangan yang dirangka
diminda. Allahuakbar, kumohon kekuatan dari Mu Ya Allah.
“Along..” pintu bilik
terkuak. Umi masuk, langsung duduk di birai katil. Ditangan umi ade sekeping
gambar. Muhammad Iman rasa kaget melihat umi memegang gambar yang telah
menggegarkan rumah mereka tempoh hari.
Umi sengih melihat dia
kalut semacam. Akhirnya ayat ibu buat Muhammad Iman rasa nak terjun jendela
bilik. Umi puji Najah la.
“Cantik orangnya..” Umi
senyum.
“Nampak baik dan lemah
lembut.” Dan umi senyum lagi
“ Er, dia biasa-biasa je
umi.” Muhammad Iman duduk di sisi umi. Memegang tangan orang yang dikasihinya.
Sambil memandang tepat kewajah umi.
“I’m sorry..really
sorry..”suara bebaur penyesalan. Dan drama air mata pun bermula. Dua beranak
berpelukan. Umi cium ubun-ubun Muhamad Iman.
Amni hairan dengan drama
sebabak yang baru dilihatnya. Beg sandangnya diletakkan di atas meja belajar.
Deep thinking. What’s wrong eh? Along buat hal lagi ke tu? If tanya Along, sama
la macam tanya dinding. Umi? Mungkin
akan berjaya dikorek. Em, misi CIA akan bermula malam ini, selepas
isyak..waktu nak sediakan makan malam untuk keluarga. Venue? Semestinya di
dapur yang terindah itulah kan.
Time: 9.00 pm
Lokasi: Dapur
Amni & Umi
Umi tengah masukkan
sambal sotong kedalam pinggan. Amni tengah kacau air.
“Umi..”
“Ye..”
“Along ade buat umi susah
hati lagi ke?”
“Kenapa tiba-tiba tanya?
Angah ada nampak umi tengah susah hati ke sekarang?” umi senyum je jawab
pertanyaan dia.
“Tadi siang nampak umi
dengan along buat drama air mata. Tu yang tanya tu..” Amni dah pegang tangan
umi.
“Umi ok?”
“Umi ok. Takde apelah.
Biasala along tu. Umi dah nasihatkan dia dah. Angah jangan risau ye. Along tu
Nampak je cenggitu, tapi hati dia baik. Dia masih anak yang baik buat umi dan
abah. Abang yang baik pada adik-adiknya.”
Umi ni macam nak berahsia
je. Takpe la.
“Ok la kalau macam tu,
angah dah tak perlu fikir bukan-bukan la if umi dah cakap smua ok.” Angah peluk
umi.
“Ni ape buat drama kat
dapur pulak ni?” Ulwan dah berpeluk tubuh memandang dua beranak yang tak jadi
nak sambung drama tu.
“Kacau la Achik ni. Orang
nak manja- manja dengan umi ada je dia nak potong line. Pergi la Jepun
cepat-cepat !.”
“Haish, ada pulak cakap
kat achik macam tu..nanti achik takde mula la rindu-rindu.”
“Takkan.”
“Heh..”
“Tengok la nanti. Orang
baru masuk foundation pun dah selalu suruh balik rumah. Achik, balik eh minggu
ni, teman angah pergi situ la, pergi sini la.” Ulwan dah buat gaya mengajuk.
“Hello, my little
brother, that one ah..your responsibility la. Guard your cute plus comey sister
ni. No need to ungkit-ungkit maa..haiya. Tepi sikit, nak lalu..sebok je kat
pintu dapur ni.”
“Ahha..tau pun. Tapi kan,
ada ayat yang kene edit sikit la ngah. Cute plus comey? Uhuh ! ”
“Do I care..”
“Sudah..sudah..makanan
kat depan mata pun nak bertekak lagi.” Along dah mula masuk line. Ayat stone
dia dah mai dah. Angah pandang achik, achik pandang angah. Masing-masing senyum
mengejek.
“Hari sabtu ni semua duk
rumah ye, kita semua nak pergi airport. Jemput sedara jauh.” Abah dah mulakan
mukadimah ‘dinner-talk’.
“Sedara jauh? Sape bah?”
Angah macam biasa, sesi siasatan dia nak mula la tu. Law student. Macam tu la
“Ada la. Nanti sampai
airport, tengok la sendiri.” Abah pandang umi.
“Abah, you are talking to
me right? Kenapa pandang umi pulak.” Gaya tak puasa hati Nur Amni
“Haih, my wife kan, ikut
suka abah la..” semua yang ada dah gelakkan Nur Amni.
Hadoi, kan dah kene.
“Yela, your wife kan..tengok la selalu.”
Disatu sudut, Iman hanya memerhatikan mereka. Diam tak
berkutik. Malas nak masuk campur, sedangkan dialah hero utama dalam perkhabaran
tentang sedara jauh tu. Macam mana la agaknya reaksi angah dan achik nanti bila
tau dia dah kahwin. Setakat ini hanya umi dan abah je yang tahu.
“Najah, saya nampak
Iman.” Safia cuit bahu Najah
“Mana?” Najah
tercari-cari kelibat orang tu.
“Tu, dia tengah lambai
kat awak. Oh my God, dia datang dengan family la.”
“Hah?? Alamak, awak..saya
takut la. Nak balik UK balik boleh tak. Kita balik UK balik eh.” Najah
memusingkan badannya, mengadap Safia. Masih merayu-rayu tengtang idea kurang
bijaknya tu.
“Tak boleh balik UK. Dah
sampai sini kan.” Suara tu, kantoi. Laju nye mamat ni jalan. Dia terbang ke
tadi? Tahula sekarang kat airport, takkan dia pinjam sayap kapal terbang tu
kot.
“Najah, come. Meet my
family.”
“Kenapa tak bagitahu saya
awal-awal awak bawak satu family. Saya tak bersedia lagi la.” Ayat Najah
mendatar je, geram pun ade bila Muhammad Iman buat decision macam libatkan
hidup dia sorang-sorang je dalam hal ni.
“Apa pasal pulak nak
sedia-sedia bagai ni? Ni bukan cerita dalam TV tau. This is real. Bukan bakal
mentua, tapi memang nak bawak jumpa mentua dah pun ni. Dah la, jom.” Iman dah
mula nak heret luggage Najah.
“Laa, jom la..”
“Takut..”
“Family saya tak makan
orang la. Umi dan abah dah tahu semua, except angah and achik.”
Akhirnya, mereka berjalan
menuju ke arah family Iman. Umi peluk menantu baru. Najah salam dengan semua
orang dengan perasaan cuak tahap tak tahu nak explain macam mana dah. Ini semua
hasil kerja Muhammad Iman yang sangat
berdedikasi tu. Haih, bikin hati ini panas je. Sabarlah wahai hati.
“Angah, achik..your
sister in law. Nurul Najah. Junior along kat Glasgow.” Baik punye introdure. Sampai buat achik dah tercengang
kat situ. Angah pulak, gaya dah macam nak mulakan siasatan. Macam biasa.
“Nanti umi dan abah
explain kat rumah ye. Jomla, kita gerak dulu. Taknak berkampung kat sini kan
semua orang.” Abah mendahului.
Umi, abi..Najah got new
family. Doakan Najah ye. Najah takut. I have nobody here. Matanya bergenang.
Allah, semoga silaturahim yang bakal terjalin ini memberi keindahan kepada
kehidupanku di bumi Malaysia ini.
Daripada Anas bin Malik
r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan
dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturahim (dengan ihsan)”
(Riwayat
Bukhari & Muslim)