Okey, saya yang belaja Law ni..tetibe sem ni rasa macam banyak mase sikit dari sem lepas dengan rajinnya buat audit subjek History..Osmanli History. Ramai yang agak pelik sebenarnya, takpe la yang penting dapat ilmu dari lecturer hebat ini. Thanks to my roommate, cik Busyra yang cantik manis..the one that encouraging me to add this subject ^ ^
BOGDAN KOPANSKI (now Bogdan Ataullah Kopanski 3): originally Polish now American; Ph.D. in history and politics, had a very interesting journey to Islam and faced severe hardships; was imprisoned twice by the Polish communist regime (1908, 1981-82). He embraced Islam in 1974.
“When I was 12 years old I rejected illogical and contradictory faith of the Church. Two years later in 1962- I was fascinated by victorious struggle of the Algerian Muslim mujahideen against French colonialism. It was the first ARROW of Islam.
The high school and earliest days of my education in the University, I was a typical example of ‘rebel generation’ of Reds.
My way to the Truth of Al-Qur’an was slow and unpaved. In 1974 I visited Turkey, I wrote my MA. dissertation about Sultan and Caliph Suleiman Kanuni’s policy towards Polish Kingdom. There, I was hit by the most beautiful voice of mankind, ADHAN, the call to prayer. My hair stood up. Unknown powerful force led me to old masjid in Istanbul.
There, old smiling Turkish, bearded men taught me WUZU, ablution. I confessed to tears SHAHADAH and I prayed my first SALAH Maghrib. I swept out the rubbish ideologies. The First time in my life, my mind was relaxed and I felt pleasure of Allah’s love in my heart. I was a Muslim.”
Thursday, February 23, 2012
Thursday, February 16, 2012
Nikah & maqasid usrah
Nikah tu sunnah Rasulullah..and it's good. Kawen awal? it's good too. Yes, i agreed ! But, at the same time, rasa sedih apabila ramai orang yang menggalakkan anak muda berkahwin awal, dengan reasons ianya sunnah, untuk elakkan buat maksiat dan pelbagai lagi la. Betul dah tu, tapi mereka mungkin lupa nak kupaskan sekali nasihat2 berharga untuk mereka2 yang nak berkahwin awal ni, mereka yang masih belajar, yang masih mentah dengan mehnah rumah tangga, yang masih canggung mengawal emosi diri apatah lagi emosi bakal pasangan, mak mentua, ayah mentua, ipar duai.
Berkahwin tu mudah..jangan susahkan..itu kata mereka, tak perlu hantaran beribu2 bagai..membazir, tak ikut sunnah..itu hujah mereka untuk nampak nikah itu sangat mudah. Yes, i agreed ! Tapi sayang, mereka hanya menekankan bahawa nikah itu mudah diawal stage pernikahan sahaja. Selepas2 itu, lu pikir la sendiri eh...ek ele, tak macho la macam tu bro..nak dakwah orang ke arah kebaikan, dakwah la sampai habis, tak best la separuh2 macam tu. Disebabkan fenomena begini la, memungkinkan keruntuhan baitul muslim yang dibina oleh anak muda zaman sekarang. Nikah dengan mudah, tapi persiapan rapi untuk melayari alam rumah tangga..sifar. Baru beberapa bulan nikah, sudah bercerai-berai..nauzubillah..tapi itulah hakikat kehidupan sekarang. Pasangan kene bersedia dari segi mental & fizikal. It's really important my dear friends..Be prepared, you'll be a good wife to your husband, a good daugther to your parents, a good daughter in law to your husband's parents..you'll enjoy your marriage to jannah, insyaallah :)
Maqasid usrah, sangat penting..ramai yang tak tahu & tak apply maqasid usrah dalam baitul muslim mereka..akhirnya, rumah tangga tergadai begitu sahaja. Contoh yang paling mudah untuk seorang anak perempuan yang berkahwin. Dia wajib taat pada perintah suami..dalam masa ynag sama dia juga wajib berbuat baik pada kedua ibu bapa. Jika pada waktu yang sama bercanggahan antara suami & ibubapa dalam perkara2 halal dan haram. Ianya jelas, yang mana patut didahulukan. Tetapi dalam perkara2 yanga mubah @ harus, contohnya : suami mahu ajak keluar shopping, tetapi diwaktu yang sama ibu anda sedang sakit. Anda wajib mengutamakan ibu yang sedang sakit. kerana keutamaan urusan dalam hal ini adalah ibu yang sakit, bukan shopping. begitu jugalah sebaliknya.
Ramai yang tak tahu benda ni..iaitu dalam perkara mubah @ harus, kene tengok keutamaan..bukannya wajib taat perintah suami setiap masa. Ramai juga yang menceritakan tentang kisah di zaman sahabat (kalo tak silap la). Tapi hakikatnya, kata ustazah Maqasid saya, suami2 yang menghalang isteri2 mereka berhubung baik dengan ibubapa mereka bukanlah seorang suami yang baik..mereka telah memutuskan perhubungan dua buah keluarga, yang mana sangat bertentangan dengan prinsip Maqasid Usrah iaitu menghubungkan SILATURAHIM.
Buat sahabat2, nak nikah..go on..silakan, pilihlah seseorang yang boleh menerima dirimu & keluargamu. Jika dengan nikah itu (satu pahala) anda akan melukakan hati kedua ibubapa dengan melakukan satu dosa..it's nothing la di pengakhiran hidup kita nanti. As i said earlier, be prepared..as a son in law..as a daugther in law..insyaallah, bahagia rumah tangga anda hingga ke syurga.
Bila cakap bab nikah ni, of course la perempuan kene memilih..lelaki takpe, kalau tak memilih sangat pun..sebab perempuan ni kene cari yang boleh jadi Imam dia, yang akan bimbing dia. Kalau lelaki, dia yang akan membimbing isterinya. Teringat dialog antara saya dan umi semasa sedang menonton satu rancangan agama di astro yang dikendalikan oleh seorang Imam Muda. Saya saja berseloroh,
Saya: umi, tu bakal menantu umi :)
Umi: Owh..molek dah tu..umi suke ! (sambil mata bersinar-sinar)
Apabila teringat balik, gelak kat diri sendiri je. Aduhai, mana la layak nak bergandingan dengan Iman Muda itu..public figure tu..
Jodoh itu rahsia Allah..
rahsiaNya yang paling dalam..
carilah, berusahalah, beramallah dengan ikhlas..
insyaAllah anda akan jumpa orang yang tepat bila tiba waktunya..
Salam mahabbah,
Mariati ~
Tuesday, February 14, 2012
Road to Umrah ~
Kata abah..kene pergi dengan 'hati' bukan just ikut suka2 hati..gedebuk, aku rasa macam terus kene kat batang hidung aku. sikit2 korea..sikit2 korea..takde ruh Islam langsung ! Aduh, memang cedera parah jugaklah hati aku ni kene sindir.. Tapi mungkin tu adalah cara terbaik supaya aku sedar..
Dalam mase beberapa minit, aku telah membuang semua video2 pasal cerita korea, koleksi video clip CN BLUE yang aku minat sangat tuh.. rase macam separuh hati je buang semua tu..tapi bila diingatkan balik, apa yang sahabat2 buat bila Rasulullah diwahyukan tentang pengharaman arak, sahabat2 terus membuang semua arak dengan bersegera tanpa beralasan. betapa hebatnya iman sahabat2 kan ^ ^
Tanpa sedar, banyak masa terbuang dengan melayan benda2 yang melalaikan & tidak berfaedah sebelum ni..Allahuakbar, insaf weh..moga aku dapat menggantikannya dengan perkara2 yang lebih bermanfaat di masa akan datang..Saat aku mendelete semua gambar2 CN BLUE & Yong Hwa..video Running Man..We Got Married YongSeo..rasa macam kes Ed' Sassin buang semua kenangan dia dengan Wrath..skate..street..wuhuhu..
Nak berubah jadi baik..bukan senang..tapi, x kira..nak berubah jugak..sebab..mungkin aku rasa lebih tenang begini..moga perjalanan menuju umrah..mengadap Kaabah..menziarah Rasulullah akan lebih barakah..habis sem ni..insyaAllah akan ke sana..moga dipermudahkan Allah..
Selamat tinggal kenangan..
bukan mudah untuk berubah...bak kata Hlovate,,

Thursday, February 9, 2012
Senyumlah ('',)
Salam kasih sayang buat semua...
Senyumlah..yes ! I think that's the exact word..
untuk kita yang bergelar hamba..senyumlah..
kerana masih bernyawa..
kerana masih berada dalam nikmat iman & Islam..
kerana masih berpeluang menimba ilmu pengatahuan (like me ! )
kerana masih ada masa meng' update blog ini..
Just smile..and be humble..
Moga Allah permudahkan urusan semester terakhirku di bumi UIAM ini..
Barakah yang kucari..ilmu yang berkekalan yang kudamba..ini niat asalku waktu itu..
Moga aku mampu menjadi hamba yang bersyukur
Let's strive for mardhatillah ! ^^

Tuesday, January 31, 2012
Sunday, January 15, 2012
Bijaksana itu milik Allah ~
Apabila melihat pelbagai komentar yg dilemparkan kepada Amalina [ pelajar cemerlang SPM ] lantaran suatu 'shocking news' yg diwar-warkan..saya jadi tertanya-tanya, dimana rasa syukur seorang hamba atas nikmat bijaksana yang Allah kurniakan itu sebenarnya. After you get the result, you'll said : Alhamdulillah, I got straight A's..then..then..and then..you just go with your own world eh..ape daa..
Jangan kita lupa, bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik nikmat pandai itu jika Dia kehendaki kerana ilmu itu milik Allah yang hakiki.
Kalau nak anak cemerlang dalam pelajaran sekalipun..jangan abaikan ilmu agama yang sepatutnya menjadi asas kepada nadi kehidupan seseorang anak tersebut. Saya jadi risau dengan fenomena ibu-bapa sekarang yang mementingkan akademik semata. Betullah saya kene khatam, hadam & faham dahulu kitab Tarbiyatul Aulad karya Prof Naseh Ulwan itu sebelum melangkah ke kehidupan yang lebih mencabar di masa akan datang.
Nak dapat anak2 yang baik & soleh-solehah, kene la belajar menjadi ibu-bapa yang soleh-solehah dulu..
With Love,
Mariati ^_^

Sunday, December 18, 2011
Bersyukurlah ~
Hidup ini penuh dengan rahsia. Rahsia yang kadang2 tak terfikir oleh kita bahawa ianya adalah satu rahsia. Rahsia kasih sayang Allah kepada hambanya. Bilamana dah tersungkur, dah terlelepok jatuh tak berdaya, barulah perasan masih ada yang sayang, masih ada yang ambil peduli. Walhal, sebelum ini, mengingatinya tidak pun kita buat. Lupa daratannya kita. Lupa nak sujud walau 5 minit untuk satu waktu pada sang khalik.
Allah amat sayang pada kita sahabat2, sangat2 sayangkan kita. Kita lupakan dia, tapi dia tetap datang saat kita merintihkan bantuannya.
Apa lagi yang nak dibuktikan tanda rahsia cintanya pada kita. Bersyukurlah kita masih diberikan nikmat makan & kesihatan. Jika sakit pun, bersyukurlah kita masih diberikan nikmat bernafas atas muka bumi miliknya ini. Apa lagi sahabat2, apa lagi yang perlu saya catatkan untuk membuktikan tanda sayangnya Tuhan kepada kita. Sudah2 lah merungut, bersyukurlah.
Jika rasulullah yang Allah telah janjikan syurga buat baginda itu pun masih bersujud tanda mensyukuri nikmat yang Allah berikan, apatah lagi kita, yang belum tentu ke mana pengakhirannya ini. Syurga atau neraka, hanya amalan dan redha Allah menentukan segalanya.
Terbayang-bayang akan suasana syurga..yang mengalir sungai dibawahnya..rimbunan pohon yang dipenuhi buah-buahan..tiada satu pun tempat di dunia ini yang mampu menandingi keindahan syurgamu ^^
Road to Jannah ~
Hanya dengan redha & rahmat Allah ^^

Subscribe to:
Posts (Atom)