Thursday, March 15, 2012

Apabila terlalu selesa, mungkin kita terleka

Hidup selesa..
Memang la semua orang nak kan..
tapi..
bila pikir balik..
Kalau selalu sangat hidup dalam 'keselesaan'..
pasti akan jadi something yang negatif  pada diri nanti..
Sebab kita akan rasa kita dah betul..kita akan jarang buat baik..kita akan jarang doa..
Lepas tu kita akan lupakan Tuhan..kita akan lupa siapa kita sebenarnya..

Bagi saya, setiap hari harus ade ujian2 kecil dari Tuhan..agar kita sentiasa kembali pada Dia,
Agar kita sentiasa beringat..
Siapa Tuhan..
Siapa hamba..
Siapa pencipta..
Siapa yang dicipta..

Saya hidupdalam kelompok manusia yang saban hari akan berdepan dengan ujian, masalah..
Saya hidup dalam kelompok ahli perjuangan..alhamdulillah, dengan izin Allah saya akan terus berjuang selagi diizinkan untuk mendaulatkan agama Allah dimuka bumi ini.

Tetapi..
Apabila kadang2 saya merasa tiada masalah..tiada cabaran..
Saya menjadi risau..
takut2 saya & orang perjuangan lain akan terleka..
Itulah..apabila terlalu selesa..
kita akan merasa kitalah yang paling benar..
sedangkan hakikatnya, "keselesaan" duniawilah yang telah menutupi kebenaran yang sewajarnya..

Jangan terlalu selesa..
Ingatlah musuh sentiasa memerhati..
Allah takkan bagi kemenangan sewenang-wenangnya..
Tadhiyah..
Satu kalimah berharga buat para pejuang agama Allah..

Tuesday, March 13, 2012

Planning for the future

Planning ni dah lama ade dalam kotak fikiran saya, belum lagi tertulis kat mana2. Dan sekarang saya rasa nak luahkan benda alah ni kat blog terchenta saya ni..hehe, as a law student..mesti la nak buat chambering kan, bak kata orang melayu (latihan dalam kamar). Selama 9 bulan insyaallah, saya akan di train di mana2 firm yang masih bernyawa kat bumi semenanjung malaysia ini. Macam2 cerita dengar dari yang dah habis chambering ni, takut jugak kalau xleh nak masuk ngan suasana keje sebenarnya. Balik lambat la, kene marah ngan bos & staff la, pegi court sorang2 la & lain2 lagi..

Abah kata, itulah cabaran..kalau xde cabaran..kita xkan dapat improve diri sebab pengalaman kita sangat limited. Thanks abah, abah telah bagi satu gambaran positif terhadap "mehnah & tribulasi seorang chamber" :)
Setakat ini rancangan untuk chambering masih di sekitar area KL & Selangor. Maybe akan start selepas raya, dalam bulan 9. saya tak mahu ibadah terawih saya terganggu dengan keje2 chambering. Biarlah saya mula lambat pun, asalkan saya puas hati dengan kedatangan Ramadhan akan datang. Insyaallah ^ ^

Haha, bila dah start lambat..habis pun lambat jugak la kan..dalam bulan 5 2013 dah boleh diterima as advocate & solicitor insyaallah. Lepas tu??? hehe, niat saya nak bekerja dengan government. So, tengok la dapat ke tak borang SPA yang saya isi nanti tu. Kalau xdapat, xde rezeki la tu..mungkin akan stay jadi lawyer dulu sekejap then baru masuk kat mana2 bank untuk jadi sekretariat shariah.

Pasal kerjaya je nih..alahai, bab jodoh ni dah malas nak fikir lebih2 laa..ia akan datang bila dah tepat waktunya..even, kata ustazah..kadang2 orang yang kita pernah tolak pun boleh datang balik kat kita kalau dah memang dia jodoh kita..Allah itu bersifat Al-Hakim..perancangan Dia itu Maha Bijaksana..So, jangan question lebih2 bab2 macam ni. Ade la tu hikmahnya, kan? ('',)

Sunday, March 4, 2012

One Heart ~


3/3/2012 - Taman Layang-layang

I will never forget this moment ~ happy for them, looking at their happiness..together with the wife, husband & sweet children :)

Ukhuwah abadan abada ~ kita bermula dengan perkenalan yang zero, Allah tautkan hati2 kita..temukan kita didalam satu barisan yang tersusun..banyak2 hati yang akhirnya menjadi Satu Hati ^ ^

May Allah bless our ukhuwah, amin ~ peliharalah sahabat2 ku ini walau dimana sahaja mereka berada Ya Allah.

Sweet memories - kami mampu bergelak santai, sambil membincangkan isu2 ummah, wajah2 serius & ceria terukir tatkala hati2 kami menjadi "Satu".

Thursday, February 23, 2012

He is likeable la..kan?

Okey, saya yang belaja Law ni..tetibe sem ni rasa macam banyak mase sikit dari sem lepas dengan rajinnya buat audit subjek History..Osmanli History. Ramai yang agak pelik sebenarnya, takpe la yang penting dapat ilmu dari lecturer hebat ini. Thanks to my roommate, cik Busyra yang cantik manis..the one that encouraging me to add this subject ^ ^



BOGDAN KOPANSKI (now Bogdan Ataullah Kopanski 3): originally Polish now American; Ph.D. in history and politics, had a very interesting journey to Islam and faced severe hardships; was imprisoned twice by the Polish communist regime (1908, 1981-82). He embraced Islam in 1974.

“When I was 12 years old I rejected illogical and contradictory faith of the Church. Two years later in 1962- I was fascinated by victorious struggle of the Algerian Muslim mujahideen against French colonialism. It was the first ARROW of Islam.

The high school and earliest days of my education in the University, I was a typical example of ‘rebel generation’ of Reds.

My way to the Truth of Al-Qur’an was slow and unpaved. In 1974 I visited Turkey, I wrote my MA. dissertation about Sultan and Caliph Suleiman Kanuni’s policy towards Polish Kingdom. There, I was hit by the most beautiful voice of mankind, ADHAN, the call to prayer. My hair stood up. Unknown powerful force led me to old masjid in Istanbul.

There, old smiling Turkish, bearded men taught me WUZU, ablution. I confessed to tears SHAHADAH and I prayed my first SALAH Maghrib. I swept out the rubbish ideologies. The First time in my life, my mind was relaxed and I felt pleasure of Allah’s love in my heart. I was a Muslim.”

Thursday, February 16, 2012

Nikah & maqasid usrah


Nikah tu sunnah Rasulullah..and it's good. Kawen awal? it's good too. Yes, i agreed ! But, at the same time, rasa sedih apabila ramai orang yang menggalakkan anak muda berkahwin awal, dengan reasons ianya sunnah, untuk elakkan buat maksiat dan pelbagai lagi la. Betul dah tu, tapi mereka mungkin lupa nak kupaskan sekali nasihat2 berharga untuk mereka2 yang nak berkahwin awal ni, mereka yang masih belajar, yang masih mentah dengan mehnah rumah tangga, yang masih canggung mengawal emosi diri apatah lagi emosi bakal pasangan, mak mentua, ayah mentua, ipar duai.

Berkahwin tu mudah..jangan susahkan..itu kata mereka, tak perlu hantaran beribu2 bagai..membazir, tak ikut sunnah..itu hujah mereka untuk nampak nikah itu sangat mudah. Yes, i agreed ! Tapi sayang, mereka hanya menekankan bahawa nikah itu mudah diawal stage pernikahan sahaja. Selepas2 itu, lu pikir la sendiri eh...ek ele, tak macho la macam tu bro..nak dakwah orang ke arah kebaikan, dakwah la sampai habis, tak best la separuh2 macam tu. Disebabkan fenomena begini la, memungkinkan keruntuhan baitul muslim yang dibina oleh anak muda zaman sekarang. Nikah dengan mudah, tapi persiapan rapi untuk melayari alam rumah tangga..sifar. Baru beberapa bulan nikah, sudah bercerai-berai..nauzubillah..tapi itulah hakikat kehidupan sekarang. Pasangan kene bersedia dari segi mental & fizikal. It's really important my dear friends..Be prepared, you'll be a good wife to your husband, a good daugther to your parents, a good daughter in law to your husband's parents..you'll enjoy your marriage to jannah, insyaallah :)

Maqasid usrah, sangat penting..ramai yang tak tahu & tak apply maqasid usrah dalam baitul muslim mereka..akhirnya, rumah tangga tergadai begitu sahaja. Contoh yang paling mudah untuk seorang anak perempuan yang berkahwin. Dia wajib taat pada perintah suami..dalam masa ynag sama dia juga wajib berbuat baik pada kedua ibu bapa. Jika pada waktu yang sama bercanggahan antara suami & ibubapa dalam perkara2 halal dan haram. Ianya jelas, yang mana patut didahulukan. Tetapi dalam perkara2 yanga mubah @ harus, contohnya : suami mahu ajak keluar shopping, tetapi diwaktu yang sama ibu anda sedang sakit. Anda wajib mengutamakan ibu yang sedang sakit. kerana keutamaan urusan dalam hal ini adalah ibu yang sakit, bukan shopping. begitu jugalah sebaliknya.

Ramai yang tak tahu benda ni..iaitu dalam perkara mubah @ harus, kene tengok keutamaan..bukannya wajib taat perintah suami setiap masa. Ramai juga yang menceritakan tentang kisah di zaman sahabat (kalo tak silap la). Tapi hakikatnya, kata ustazah Maqasid saya, suami2 yang menghalang isteri2 mereka berhubung baik dengan ibubapa mereka bukanlah seorang suami yang baik..mereka telah memutuskan perhubungan dua buah keluarga, yang mana sangat bertentangan dengan prinsip Maqasid Usrah iaitu menghubungkan SILATURAHIM.

Buat sahabat2, nak nikah..go on..silakan, pilihlah seseorang yang boleh menerima dirimu & keluargamu. Jika dengan nikah itu (satu pahala) anda akan melukakan hati kedua ibubapa dengan melakukan satu dosa..it's nothing la di pengakhiran hidup kita nanti. As i said earlier, be prepared..as a son in law..as a daugther in law..insyaallah, bahagia rumah tangga anda hingga ke syurga.

Bila cakap bab nikah ni, of course la perempuan kene memilih..lelaki takpe, kalau tak memilih sangat pun..sebab perempuan ni kene cari yang boleh jadi Imam dia, yang akan bimbing dia. Kalau lelaki, dia yang akan membimbing isterinya. Teringat dialog antara saya dan umi semasa sedang menonton satu rancangan agama di  astro yang dikendalikan oleh seorang Imam Muda. Saya saja berseloroh,

Saya: umi, tu bakal menantu umi :)

Umi: Owh..molek dah tu..umi suke ! (sambil mata bersinar-sinar)

Apabila teringat balik, gelak kat diri sendiri je. Aduhai, mana la layak nak bergandingan dengan Iman Muda itu..public figure tu..

Jodoh itu rahsia Allah..
rahsiaNya yang paling dalam..
carilah, berusahalah, beramallah dengan ikhlas..
insyaAllah anda akan jumpa orang yang tepat bila tiba waktunya..

Salam mahabbah,
Mariati ~

Tuesday, February 14, 2012

Road to Umrah ~

Kata abah..kene pergi dengan 'hati' bukan just ikut suka2 hati..gedebuk, aku rasa macam terus kene kat batang hidung aku. sikit2 korea..sikit2 korea..takde ruh Islam langsung ! Aduh, memang cedera parah jugaklah hati aku ni kene sindir.. Tapi mungkin tu adalah cara terbaik supaya aku sedar..

Dalam mase beberapa minit, aku telah membuang semua video2 pasal cerita korea, koleksi video clip CN BLUE yang aku minat sangat tuh.. rase macam separuh hati je buang semua tu..tapi bila diingatkan balik, apa yang sahabat2 buat bila Rasulullah diwahyukan tentang pengharaman arak, sahabat2 terus membuang semua arak  dengan bersegera tanpa beralasan. betapa hebatnya iman sahabat2 kan ^ ^

Tanpa sedar, banyak masa terbuang dengan melayan benda2 yang melalaikan & tidak berfaedah sebelum ni..Allahuakbar, insaf weh..moga aku dapat menggantikannya dengan perkara2 yang lebih bermanfaat di masa akan datang..Saat aku mendelete semua gambar2 CN BLUE & Yong Hwa..video Running Man..We Got Married YongSeo..rasa macam kes Ed' Sassin buang semua kenangan dia dengan Wrath..skate..street..wuhuhu..

Nak berubah jadi baik..bukan senang..tapi, x kira..nak berubah jugak..sebab..mungkin aku rasa lebih tenang begini..moga perjalanan menuju umrah..mengadap Kaabah..menziarah Rasulullah akan lebih barakah..habis sem ni..insyaAllah  akan ke sana..moga dipermudahkan Allah..

Selamat tinggal kenangan..
bukan mudah untuk berubah...bak kata Hlovate,,

Thursday, February 9, 2012

Senyumlah ('',)

Salam kasih sayang buat semua...

Senyumlah..yes ! I think that's the exact word..
untuk kita yang bergelar hamba..senyumlah..
kerana masih bernyawa..
kerana masih berada dalam nikmat iman & Islam..
kerana masih berpeluang menimba ilmu pengatahuan (like me ! )
kerana masih ada masa meng' update blog ini..

Just smile..and be humble..
Moga Allah permudahkan urusan semester terakhirku di bumi UIAM ini..
Barakah yang kucari..ilmu yang berkekalan yang kudamba..ini niat asalku waktu itu..
Moga aku mampu menjadi hamba yang bersyukur
Let's strive for mardhatillah ! ^^