Tuesday, March 29, 2011

Melukis Pelangi *


Akan kucari sampai jumpa. Serius saya teringin memiliki buku hasil nukilan mbak Oki ini. Baru sahaja dilancarkan perasmiannya di Indonesia. Di Malaysia?? Itu yang saya nanti-nantikan ('',)

Pasti banyak pesanan berharga buat wanita terkandung didalam buku tersebut. Lihat saja di facebook mbak Oki, selalu sahaja diberikan nasihat-nasihat buat kita yang bergelar hamba Allah ini.

Kalau la saya ada saudara di Indonesia sana. Pasti sudah saya kirimkan untuk dibeli buku tersebut. Menyingkap perjalanan hidup orang hebat ini kadang-kadang mampu memberi kesan positif dan inspirasi yang baik buat diri. Apa yang baik itu sama-sama kita amalkan, apa yang negatif itu pula sama-sama kita jadikan sempadan. Moga redha Allah sentiasa bersama kita. Amin

Sunday, March 27, 2011

Sublime 03

Iman menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Terpandang akan hidangan sarapan di atas meja. Bihun, nasi lemak, sandwich. Dia sudah dapat mengagak siapa yang menyediakan semua itu. Kalau ada sandwich, pasti angah yang sediakan. 

Sandwich angah memang sedap.Tak sama yang macam dijual di kedai. Angah taruk apa entah, kalau angah buat sandwich je, pasti akan licin. Sampai umi penah cakap,

" Tak sedap ke nasi goreng yang umi buat ni?" seolah-olah merajuk pula orang tua tu. 
"Sedap la umi, tapi kalo ade sandwich ni. Nasi goreng umi dah jadi nombor dua." abah memang suka mengusik umi..semua yang ada ketawa melihat umi yang sudah menarik muka. Lepas tu mulalah angah akan buat aksi bermanja-manja dia dengan umi. Hurm..perempuan..macam tu la selalu..

"Along..kalo nak makan..self service ek." ucap angah yang tiba-tiba muncul dengan beg dan segala buku-buku di tangan.
"Angah nak keluar discussion ke tu?"
"Tak la..nak pi siram pokok bunga umi kat depan tu ha" selamba dia menjawab
"Owh..i see..tak tau plak along pili air kat rumah ni dah bertukar jadi Evidence Act, Criminal Procedure Code, Legal Profession Act semua.." tangannya membelek-belek segala statutes yang dipegang angah lalu diambilnya.

"Hehe..along kan jarang ada kat rumah..mesti la along tak tau. Bak sini balik buku angah." 
"Kalau along taknak bagi..."
"Ape along ni..orang dah lambat laa..kawan tengah tunggu tu.."
"Buat main lagi..along tanya elok-elok.."
"Lain kali jawab la elok-elok.." tanpa disuruh..Amni sendiri yang menyambung ayat tersebut.
Setelah mendapatkan bukunya..Amni segera berlalu sambil menjerit

"Along senget !!!"
 Iman yang mula menarik kerusi untuk duduk, terus berpaling dan menjengilkan matanya ke arah Amni yang sedang menjelirkan lidah di muka pintu.
Bertuah punya adik...nasib baik ada sandwich ni..dengan lafaz bismillah dia mengunyah perlahan..

"Morning long !"
"Morning !"
 Achik duduk di sebelah abangnya. "Angah dah keluar ek?"
"A'ah..baru je.."
"Erm..dia ade pesan pape tak kat along tadi pasal nak cari sweater?" tangan Ulwan sudah menyenduk nasi lemak ke pinggannya.
"Dia suruh achik pegi sendiri.." bohongnya pada Ulwan
"Konfem tipu ! " hahaha..dilihat alongnya sudah ketawa 
"Dia takde plak cakap ape-ape..Call la angah, dia lupa kot tadi." 
"Ok..erm, along cuti berapa lama ni?"

"Tak tau lagi..sebab.." ayatnya tergantung disitu apabila melihat umi dan abahnya mula mendatangi mereka.
"Umi ngan abah sampai pukul berapa semalam?" setahunya, sewaktu dia mahu masuk tidur pukul 2 pagi semalam, orang tuanya itu belum pun sampai dari Kedah. Melawat kawan lama mereka yang sedang tenat di sana.

"Dalam pukul 3 lebih.." umi bersuara
"Along..plan nak sambung master tu macam mana? Still jalan ke?" abah memandangnya mohonkan jawapan
"On je bah..tapi macam ade ubah sikit la dari plan asal.."
"Apa yang berubahnya?" serius nada itu bertanya
"Along ingat nak sambung kat sana..bukan kat sini.." serentak itu, dia mendengar ada kerusi ditolak. Umi. Dia melihat uminya telah berlalu meninggalkan mereka semua di meja makan. Dia juga melihat umi mengesat mata dengan lengan bajunya. 

Semua yang ada terus diam. Abah. Achik. Dua-dua diam tak berkutik. Dia pula menundukkan wajahnya ke pinggan di atas meja makan.

"Achik dah sudah.." Achik bangun meninggalkan dia dan abah.
"Erm..abah pun dah sudah..nak pegi cari buah manggis kat pasar. Angah teringin."
Dia tersenyum tawar.
"Long..nanti kite bincang lagi pasal ni.." abah terus berlalu.

Dan dia..masih di situ. Oh umi..dia harus pandai menyusun ayat untuk berdepan dengan bondanya itu. Dia punya alasannya tersendiri untuk terus menyambung pengajian di Glasgow. Bumi UK sana. Dia harus untuk terus berada di sana.

Sunday, March 20, 2011

Setenang wajahmu ukhti Anna ~

Bismillahirahmanirrahim...

Serasa saya, patutnya lama dulu lagi kalau nak berceloteh pasal cerita dan watak-watak dalam karya Kang Abik ini..Tapi saya ni, baru hari ni tergerak nak bukak cerita pasal  KCB. Oki Setiana Dewi. Ramai yang bertanya, kenapa dia yang menjadi heroin. Padahal ramai lagi pelakon wanita lain dalam KCB tu yang lebih cantik daripada dia. Ya, pada saya dia biasa-biasa saja pada mulanya.



                                 Ini sebenarnya adalah gambar Oki Setiana Dewi dan Kholidi...


Oki Setiana Dewi tanpa mekap di wajah..Subhanallah, dia tetap cantik pada pandangan mata saya..beruntung bakal suamimu ukhti !

Memang ada yang lebih cantik daripadanya. Tetapi, kenapa ya Kang Abik memilih dia? Dia yang biasa-biasa saja itu. Lama saya memerhati. Akhirnya saya ketemui jawapan yang memuaskan hati sendiri. Dia berwajah sopan dan tenang. Lebih kepada tenang sebenarnya. Wajah damai itu membuat saya jadi kelu memandangnya. Dan saya mula merasakan dia lebih cantik berbanding pelakon wanita lain dalam KCB itu. 



Saya tidak pasti apa alasan Kang Abik menjadikan dia sebagai heroin, tapi saya pasti ianya bukan sahaja kerana wajahnya ynag tenang dan damai itu..bahkan kerana sesuatu yang lain. Kang Abik orang berilmu, dan saya yakin dia mahukan orang yang benar-benar layak untuk mendukung watak wanita muslimah itu. Sesuai sekali dengan perwatakan Oki Setiana Dewi. 

Moga redha Allah sentiasa mengiringi usaha dakwahmu itu, uhkti ! ('',)

Kita sama ! ~

 

Berpeluang berbicara dengannya. Padaku orangnya simple. Matang. Apabila aku mula bercerita serba sedikit tentang diriku, kata brother itu, kita sama ! uhuk, hampir terbatuk aku dibuatnya. Ceh, bergaya habis cara dia cakap 'kita sama' tu. Mata aku straight je pandang kerusi di hadapan.Berfikir sebenarnya.

Aku sebenarnya jadi pelik dengan tingkahku sendiri..kenapa aku macam ni?? adakah aku sakit?? Hurm..Tapi bila dia cakap 'kita sama' tu..dalam hati aku terus cakap, alhamdulillah aku normal. Haha, ada jugak orang lain perangai sama cam aku.

Kata brother itu lagi, kita ni bukanlah jenis manusia yang multiple disorder personality. Haha, aku gelak dalam hati waktu ni. Tapi memang kadang-kadang kita akan bersikap pendiam dan peramah dalam situasi yang berbeza. Pada satu masa kita boleh jadi peramah dikalangan teman-teman kita yang pendiam. Kita yang menjadi teraju utama perbualan, kerana kita tidak betah dengan suasana sepi. Dan pada satu masa yang lain pula, kita boleh menjadi pendiam, hanya menyampuk tatkala diperlukan sahaja. Ini kerana kita lebih senang memerhati tingkah teman-teman kita. Semacamnya, cukuplah ade teman yang bersuara..biarkan aja mereka berbicara.

Tiba-tiba brother itu bertanya, 

"apa yang chema paling suka buat?" aku pandang dia, dia angkat kening..aiseh..susah gak soalan ni..

"Erm,.biarkan saya seorang diri dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan buku..Saya suka membaca." jawabku ringkas. Memang social recluse habis la aku ni kan..ape nak buat, tiap kali aku jumpa manusia dan buku serentak, aku akan rasa buku tu lagi menarik daripada manusia yang sedang berdiri kat depan aku. Tapi, jarang-jarang la aku meminggirkan orang kat depan aku sebenarnya, hidup kat dunia ni bukan seorang. Kene berkawan !

"apa perasaan yang chema nak sangat rasa?"

"tenang !"

" Solatlah..chema akan rasa tenang." aku terkedu..dan dalam diam aku mengangguk. Hanya dengan mengingati Allah, jiwamu akan menjadi tenang.

Thanks to him..
sebenarnya chema nak jugak glamerkan nama 'brother' tu kat blog chema ni..tapi sayang, namanya terpaksa dirahsiakan ^_^

Friday, March 18, 2011

Sublime 02

Iman duduk termenung di luar balkoni biliknya. Mata itu tajam melihat kambing-kambing peliharaan keluarganya yang sedang enak beradu dikandang mereka. Terasa seolah-olah berada di kampung pula apabila keluarga mereka memelihara kambing di kawasan lapang di belakang rumahnya. Kata abah, daripada bazirkan tanah buat kolam renang yang macam ikut budaya orang putih tu, baik la pelihara kambing. Ikut sunnah Rasulullah katanya. Setiap hari abah akan menjenguk kambing-kambingnya yang sudah mencecah angka 70 ekor itu. Dia bangga dengan abahnya yang rajin. Dah tua pun bukan boleh duduk diam. Coke di sebelah dicapai. Diteguk perlahan. Diselang seli dengan hembusan Marlboro. Iman mengalih pandang ke arah rokok di tangannya itu. Sementelah dia tersengih mengingat kembali bebelan angah apabila dia merokok.

"Along ni tak sayang nyawa ye? Dah tak sabar sangat nak suruh umi buat kenduri arwah eh?"

Terasa berasap telinganya tika itu. Sedang enak dia menikmati nikotin ditangannya, tiba-tiba angah datang melaser.Tajam dia memandang angah yang buat dunno dengan kalih Muhammad Iman. Seakan mahu saja dia menampar mulut laser itu. Harapkan badan je kecil, tapi mulutnya itu..ada saje ayat berbisa yang dihamburkan semata-mata mahu memerli abangnya. Amni duduk di sebelah alongnya di atas buaian.

"Laa..ape salahnya smoking..its normal la sekarang ngah.." ujarnya perlahan. Cuba untuk tidak membalas perlian adiknya itu. Cuba untuk berbual dengan baik. Seingat dia, jarang sekali mereka boleh duduk berborak dengan aman. Jika bukan angah yang memulakan kata-kata pedas dahulu, maka dia pula yang akan mencari pasal dengan angahnya itu.

Mood along baik la pulak malam ni..Dia juga cuba berdiplomasi. Rentak suaranya berubah ke tone mendatar "Normal la sangat, you know what I got from my research?" Angah mengangkat kening kanan. Dah macam Ziana Zain dah alongnya tengok.

"What?"
"Ni from Harvard School of Public Health punye analisis laa..dia bagitau yang company cigarette have consistently increased the nicotine content in tobacco lately ni. Bahaya la long. Boleh rosak jantung tu.." lirih dia bersuara. 

"Tau tak..rokok yang angah hisap ni..kandungna nikotin dia biasa-biasa je. Not like other cigarette laa yang makin lama makin bertambah tu.. ni yang jenis Marlboro regular tau, the company maintained the nicotine. Don't worry dear." Pandangannya tetap ke hadapan. Tidak dihiraukan riak wajah angah yang geram dengan kenyataannya itu.

"Up to you la long..Angah malas la nak cakap lebih-lebih dengan manager kilang rokok Marlboro ni kan..kang ade aje hujah-hujah tak bertauliah dia." kemudian dia berlalu ke dalam rumah. Along hanya memandang sekilas bersama satu sengihan.

Seingatnya angah selalu menegurnya yang kerap merokok. Kata angah, sesak nafas orang sekeliling bila along merokok. Orang dalam rumah ni semua boleh mati cepat hidu asap rokok along. Dia kadang-kadang pernah terfikir untuk berhenti. Tapi susah, bila dah ketagih. Sehari tak jumpa rokok. macam tak boleh hidup je. kalau takde handphone pun takpe lagi rasanye. Mungkin satu hari nanti dia akan berhenti. Mungkin apabila dia sudah jemu memandang rokok sebagai nadi hidupnya nanti.

Sunday, March 13, 2011

Sublime

 01

Buku Islamic Banking and Takaful ditutupnya kembali. Setelah hampir satu jam setengah dia cuba memahami konsep perbankan Islam yang dibukukan itu, matanya mula terasa layu. 11.45 malam. Baju untuk ke kelas esok belum bergosok. Dia menguap perlahan. Mengantuknya. Malasnya nak iron baju. Akhirnya digagahkan juga diri untuk menggosok baju. 11.55 malam, dia sudah terbaring di atas katil. Matanya terkebil-kebil memandang siling bilik..Tanpa diundang memori itu meresap perlahan ke dalam mindanya..
"Along ni kenapa ha? Kalau tak buat umi dan abah tak susah hati, tak boleh ke?"marahnya pada Muhammad Iman

"Eh, yang angah sibuk-sibuk ni apesal eh..ada along susahkan hidup angah ke? Dah la angah, pergi study la,baca Quran ke..jangan sibuk hal along boleh tak? I've thing to do, I don't have time to entertain your tazkirah laa..bye sweetie, ustazah Nur Amni. Kirim salam kat umi and abah ye. Along balik lambat malam ni. Don't wait for me. I've the key."

Itu kisah dua minggu lepas. Sewaktu dia balik break mid semester. Tanpa disangka, ada mutiara jernih mengalir perlahan dipipinya. Jernih ke. Rasa macam dah keruh je. Sebab hampir setiap malam dia akan begitu. Along..along..kenapa la along jadi macam tu? Angah sedih dengan perangai along. Bila la along nak berubah. Bila la along nak jadi ORANG. Akhirnya dia terlelap dengan sisa air mata masih berbekas dipipi.

Setelah selesai solat subuh, dia membaca mathurat pemberian umi. Itulah rutinnya setiap subuh, dia akan membaca mathurat pemberian bondanya. Amalan yang masih dilakukan dengan istiqamah setiap hari. Alhamdulillah, ucapnya setelah habis membaca kalam suci tersebut.

"Kau kelas apa pagi ni?" tegur Zara yang sedang melipat telekung solatnya.
"Erm, kelas Evidence. Kenapa?" dia membelek diri di depan cermin sambil memegang baldi untuk ke bilik air.
"Oit, cik kak ! sempat lagi kau posing depan cermin ek.dah la busuk,tak mandi lagi,nanti pecah cermin bilik kita sape nak ganti." kata-katanya disambut dengan sengihan dari Amni.

"Ada aku kesah ! eh, awat kau tanya aku kelas apa tadi." soal Amni yang masih tak berpuas hati.

"Aku ingat nak pinjam notes evidence kau kejap pagi ni. Aku kan absence last week, demam." 

"Owh..ambiklah, kelas aku lambat sikit hari ni, Mdm Azrinaz ada meeting. Guna la dulu.Ade kat dalam beg." ujar Amni lalu keluar dari bilik. 

............................................................................................................................................................

"Am, jom pergi lunch. Aku dah lapar ni. Dari semalam tak makan." tangannya sudah mengusap-ngusap perutnya perlahan. Tanpa disedari perbuatannya itu megundang ketawa dari Amni.

"Kau ni kenapa? Gelakkan aku pulak.."
"Dah tu.yang kau duk usap perut kau macam tu. Memang la aku gelak. Macam ibu mengandung yang tengah pujuk baby pulak aku tengok. Sabar ye baby, kejap lagi ibu makan ye." Amni mengajuk perbuatan Zara dengan jayanya.

"Ces ! tak bertamadun punya kawan ! Siap buat drama depan aku pulak tuh.." Hahaha..serentak mereka berdua ketawa.
"Jom la. Aku betul-betul lapar ni. " 
" Ye la..ye la..Jom ! " Mereka berjalan seiringan menuju ke cafe kulliyyah

"Am, ape pendapat kau pasal join usrah?" tangannya mencubit ikan keli lalu dicecahnyan dengan tempoyak. Berselera benar Zara makan tika itu. Amni hanya memandang Zara makan. Pada masa yang sama otaknya ligat berfikir, mencari idea untuk persoalan bernas yang dikemukakan oleh Zara. Lama dia diam, akhirnya Amni bersuara

"Apesal kau punya soalan tahap bernas melampau ek hari ni? " dia mengerling sekilas ke arah Zara.
"Bernas ke? Hahaha..tu baru aku tanya sikit, kau belum dengar lagi persoalan-persolan lain." dengan bangganya Zara membuat pengakuan. Amni mencebik. Ceh! Aku baru puji sikit, dah terangkat lebih-lebih  pulak minah ni.

"Depends..maksud aku terpulang kepada orang tu. If she finds the right sources..it would be ok. Whatmore, if the intentions is to seek for the beneficial knowledge kan..moga-moga berkat la ilmu yang dia dapat tu. InshaAllah." Amni mengangkat kening.

"Agreed ! Hehe, takde laa..erm, masa aku duduk-duduk kat masjid semalam. Ada orang approach aku. Dia tanya aku. Nak join usrah tak. Aku pulak tengah blur time tu. So, I just said. I'm sorry sis, I've class right now. Already late." Zara menayangkan barisan giginya yang putih.

"You cheated her, right?." Zara tersengih lagi..Amni sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Sengal betul la Zara ni. Akhirnya mereka ketawa.

"Dah ke?" hanya anggukan menjadi jawapan.

"Jom! Solat." Keduanya berlalu ke masjid. Kelihatan brothers mula beramai-ramai ke tempat wudu' terbuka di bahagian hadapan masjid. Amni hanya memandang. Along. Alangkah beruntungnya jika dalam salah seorang daripada mereka yang sedang berwudu'  itu adalah along. Argh..sungguhlah hidayah itu milik Allah. Semoga along kenal jalan pulang. Doanya dalam hati.

 

Tuesday, March 8, 2011

The Door of 'Hikmah ~



Kadang-kadang kita ini perlu diajar,
dengan ajaran yang maha hebat,
kerana..
hanya dengan itu kita akan dapat melihat..
biar sampai tersentak..biar sampai terduduk..
kalau itu yang perlu kita tanggung..
kalau itu yang perlu kita bayar..
biarkan aja..
agar nanti kita ketemu keindahannya.

kata Hlovate,
Buat awak yang mahu berubah,
Berubahlah, walaupun payah..
Berubahlah ke arah hidup yang lebih indah..
Hidup dan masa muda sekali cuma..
Sanggup nak sia-siakan tanpa redhaNya?

perbezaan terbesarku dengan ayam,itik,lembu dan haiwan2 yang seangkatan dengannya adalah ;
akal ^

so..why don't you make use of it to the rite path ?
start thinking and smiling..
how lucky i am..be the ummah of the Prophet Muhammad,
be the daughter of umi and abah,
Thanks Allah !

Sunday, March 6, 2011

tak bertajuk ~


Aku ingin jadi baik..

tiba-tiba rasa ingin jadi baik..

walaupun aku tahu..perkara ni bukan mudah..

perlukan pengorbanan..

tinggalkan perkara2 yang selalu aku buat..

dan cuba practice perkara baru ( perkara lama sebenarnye, cuma baru nak amalkan..tu laa,ade ilmu tapi baru nak amal)

kuat ke diri ini? 

entahlah..

kadang2 musykil jugak ngan kebolehan diri..

but..i'll try..inshaAllah..there's always a way for the good hijrah ^_^

 

Tuesday, March 1, 2011

Agar Gelisah Menjadi Ibadah

Masa nak tulis tajuk kat atas tu teringat pulak kat tajuk buku yang saya hadiahkan kepada seorang kawan, iaitu Adam Syamil Ibrahim..huhu, hadiah yang lahir daripada rasa bersalah kerana telah memegang buku yang dipinjamkannya dengan tempoh ynag sangat lama..Semoga dia beroleh manfaat darinya..InsyaAllah :)

AGAR GELISAH MENJADI IBADAH,

Sejak akhir2 ini memang jiwa saya agak tidak tenteram kerana memikirkan pasal study. Rasa gelisah. Rasa takut yang amat sangat. Kadang2 saya akan menangis sendirian, membayangkan kebarangkalian perkara itu akan berlaku. Taku apa? Takut gagal dalam semester akhir ini. Ya Allah, kuatkan aku. Sungguh2 aku lemah tika membayangkan detik itu. Astarghfirullahalazim..maafkan aku Tuhanku, aku yakin Engkau akan membantu hamba2Mu yang berusaha. Aku telah berprasangka buruk terhadapmu..ampunkan aku..aku khilaf..

Yang paling ditakuti adalah subjek EVIDENCE..entah kenapa, aku merasakan tahap ketakutanku untuk berhadapan dengan subjek ini telah mnejangkau ke tahap yang MAKSIMUM..maybe sebab ramai yang fail subjek ni kot..Aku jadi fobia..

Someone..pliz..bagi motivasi kat diri ini yang memang tengah down yang amat ngan subjek ni..

Tapi sebenarnye..aku ade Allah..
Yang Maha Mendengar..
Mungkin inilah caranya Allah nak uji tahap keimanan aku kepadaNYA..
Adakah aku makin dekat kepadaNYA @ makin jauh dariNYA..
Ingin sekali, aku memilih yang pertama itu..
Agar gelisah (takut) menjadi ibadah.

1) Yakin dengan rezeki Allah
2) Bersangka baik dengan Allah
3) Sentiasa berdoa, samaada dalam kesenangan @ kesusahan
4) Baca Mathurat
5) Solat Dhuha

SELAMAT BERAMAL ^_^