Sunday, March 20, 2011

Kita sama ! ~

 

Berpeluang berbicara dengannya. Padaku orangnya simple. Matang. Apabila aku mula bercerita serba sedikit tentang diriku, kata brother itu, kita sama ! uhuk, hampir terbatuk aku dibuatnya. Ceh, bergaya habis cara dia cakap 'kita sama' tu. Mata aku straight je pandang kerusi di hadapan.Berfikir sebenarnya.

Aku sebenarnya jadi pelik dengan tingkahku sendiri..kenapa aku macam ni?? adakah aku sakit?? Hurm..Tapi bila dia cakap 'kita sama' tu..dalam hati aku terus cakap, alhamdulillah aku normal. Haha, ada jugak orang lain perangai sama cam aku.

Kata brother itu lagi, kita ni bukanlah jenis manusia yang multiple disorder personality. Haha, aku gelak dalam hati waktu ni. Tapi memang kadang-kadang kita akan bersikap pendiam dan peramah dalam situasi yang berbeza. Pada satu masa kita boleh jadi peramah dikalangan teman-teman kita yang pendiam. Kita yang menjadi teraju utama perbualan, kerana kita tidak betah dengan suasana sepi. Dan pada satu masa yang lain pula, kita boleh menjadi pendiam, hanya menyampuk tatkala diperlukan sahaja. Ini kerana kita lebih senang memerhati tingkah teman-teman kita. Semacamnya, cukuplah ade teman yang bersuara..biarkan aja mereka berbicara.

Tiba-tiba brother itu bertanya, 

"apa yang chema paling suka buat?" aku pandang dia, dia angkat kening..aiseh..susah gak soalan ni..

"Erm,.biarkan saya seorang diri dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan buku..Saya suka membaca." jawabku ringkas. Memang social recluse habis la aku ni kan..ape nak buat, tiap kali aku jumpa manusia dan buku serentak, aku akan rasa buku tu lagi menarik daripada manusia yang sedang berdiri kat depan aku. Tapi, jarang-jarang la aku meminggirkan orang kat depan aku sebenarnya, hidup kat dunia ni bukan seorang. Kene berkawan !

"apa perasaan yang chema nak sangat rasa?"

"tenang !"

" Solatlah..chema akan rasa tenang." aku terkedu..dan dalam diam aku mengangguk. Hanya dengan mengingati Allah, jiwamu akan menjadi tenang.

Thanks to him..
sebenarnya chema nak jugak glamerkan nama 'brother' tu kat blog chema ni..tapi sayang, namanya terpaksa dirahsiakan ^_^

No comments:

Post a Comment