" Am, abang ko tu dah umur berapa eh? Bile dia nak kahwin?" keningnya terangkat mendengar soalan luar alam itu. Namun dia tetap menjawab.
"25 years old ! Why all of sudden you are asking that weird questions?"
"Is it really weird..?" Zara memusing-musingkan pen di tangan..buat ala-ala gaya kipas helikopter yang berputar tu. Tapi tak selaju kipas helikopter tu la. Amni yang melihat hanya mampu menggeleng. Gigih berusaha betul la minah sorang ni. Semuanya gara-gara dia melihat seorang foreigner sewaktu sedang study di library last week.
"Weh, terernye pakcik arab tu pusing2 pen dia.." Amni kelihatan sangat teruja.
"Elleh..takde la terer mana pun..aku pun boleh buat !" Seperti biasa. Zara dengan lagaknya. Amni menjuihkan bibirnya.
"Dah la Zara..aku tak pernah sekali pun tengok ko buat benda alah tu...kali ni memang aku takleh nak terima statement ko. Sekian." wah..ini mencabar kredibiliti aku cik Amni ni..takleh jadi ni.
"Ye la..ye la..tapi aku rasa kalo aku praktis lama-lama pun aku terer jugak buat camtu..even lagi hebat dari pakcik tu" masih tidak mahu mengalah.
"Cik kak ! I'm asking...berangan !" Zara sudah betul-betul duduk berhadapan dengan temannya itu.
"Agak pelik la soalan ko tu..ye la, tetiba tanya umur Along ape kes..? Kahwin bile la...Ko suke kat Along eh?" Amni sudah sengih lebar. Tapi macam tak logik la pulak kawan aku yang sihat akal fikiran ni boleh tersuke kat abang aku yang mereng plus tak berapa nak berperasaan tu. Lagi pulak, bukan ke minah ni memang tak layan benda-benda jiwang macam ni??
"Hahaha..harus terjun lombong dengar statement merangkap soalan tak bertauliah ko tu..you know me la Am..i'm not that kind of person..or perhaps, for the time being that 'suke' not yet in my list to do..I just wonder, thinking that he always has thing opposite you..slalu buat parents ko makan hati berulam jantung. Maybe kalo dia kawen..he'll change..who knows.."
Along nak kawin??? Uhuh..sape yang jaga sape nanti ni..langsung takleh caye ngan Along tu. Nanti sure akan musnahkan angan-angan wife dia yang nak jadi isteri yang paling bahagia kat dunia ni.
"Entahla Zara..I don't believe in him...banyak benda yang aku sendiri tak tahu macam mana dia uruskan kehidupan dia sebenarnya. Selalu balik tengah-tengah malam. Lepak entah mana-mana. Smoking. Itu yang setakat aku tau pasal life dia kat sini. Kat UK sana..I don't have any idea." Amni seakan mengeluh dengan sikap abangnya itu. Susah mahu menegur alongnya itu. Lagi senang mahu menegur orang yang kita tidak kenal sebenarnya. Sungguhlah dakwah yang satu itu seakan sukar untuk dia lakukan. Tidak sama seperti sewaktu dia memegang jawatan Timbalan Unit Disiplin ketika di sekolah dulu. Ye la..along ni bukan macam adik-adik sekolah dia dulu yang dia boleh tegur dan hukum bila perkara itu salah.
"Tapi aku still rasa dia dah patut kahwin.." ayatnya itu membuatkan Amni menjadi semakin berfikir.
..................................................................................................................................
Umi sibuk menyusun kotak-kotak buku along di mini library. Banyak jugak along ni bawak balik buku. Gaya macam dah nak bye-bye Glasgow, tapi boleh pulak dia buat statement nak further study kat sana masa breakfast hari tu. Sudah dua minggu Iman tidak bertegur sapa dengan uminya. Gara-gara insiden ketika makan pagi itu. Uminya merajuk. Dia pula, pantang nampak kelibat umi pasti akan diajaknya umi berbual. Tapi umi saja buat keras hati. Langsung tak layan. Padahal, tengah-tengah malam je pasti umi akan jenguk along yang sedang tidur di biliknya. Akan dikucupnya dahi putera sulungnya itu. Hati tua itu lembut sebenarnya. Hati ibu..mana boleh keras lama-lama.
Entah di mana silapnya, selepas SPM along mula buat perangai. Ingatkan bila dah pergi Glasgow, along akan berubah. Perangainya makin teruk, setiap kali balik cuti dia akan melepak sampai pagi. Orang dalam rumah tu macam orang asing baginya. Suka cari pasal dengan angah. Abah hanya mampu menggeleng, sudah puas menegur. Sampai pernah tangan tuanya hinggap di pipi Muhammaad Iman lantaran hilang sabar dengan silkp anaknya itu. Cumanya, semenjak-semenjak ni along semakin menghargai orang dalam rumah itu. Sudah mahu bercakap banyak sikit dari dulu. Tapi masih terasa ada sesuatu yang dipendamnya. Jiwa muda itu mudah memberontak jika disuruh buat sesuatu yang tidak disukainya.
Umi cuba mengeluarkan buku-buku along untu diletakkan di rak. Tiba-tiba satu gambar terjatuh. Jantungnya berdegup laju...Dia kaget melihat gambar itu..
Dan ...hati tuanya seakan makin berdarah apabila melihat apa yang tertera. Seolah-olah luka yang dulunya ditoreh lagi..berkali-kali. Air mata umi mengalir perlahan. Sampai hati along buat umi dan abah macam ni. Teresak-esak dia disitu..
"Along...anak umi..." tangannya menyentuh gambar anaknya bersama seorang perempuan. Dalam persalinan baju nikah. Walaupun tiada wajah senyum dari kedua pasangan pengantin itu. Dia tahu, itu anaknya..yang telah bernikah. Disisinya mereka, wujud seorang imam..jurunikah barangkali. Niatnya mengemas buku-buku along adalah sebagai tanda dia sudah memaafkan anaknya itu. Mahu berbaik dengan along. Namun, apa yang dia jumpa tika itu hanyalah menyedihkan lagi hatinya yang baru saja terubat.
"Ya Allah...apa semua ni along.." hatinya menangis lagi.
Dalam masa yang sama, Iman yang baru tiba dari bertemu rakannya bergegas ke mini library. Kata angah tadi, barang-barangnya dari Glasgow dah sampai. Umi dan achik dah angkat bawak masuk mini library. Hatinya berdebar. Berharap tiada siapa yang menyentuh barang peribadinya. Namun, dia terlambat. Sesampai di depan mini library itu..berdenting bunyi kunci keretanya yang terjatuh. Dia tergamam melihat umi yang terjelepok disisi kotak-kotaknya. Ditangan umi ada gambar yang sangat mahu dirahsiakan dari semua orang.
Kaku dia di situ. Bisu untuk bersuara. Umi seakan dapat membaca apa along ingin katakan...I'm sorry umi..
Abah yang terdengar bunyi benda jatuh, bergegas ke situ. Melihat si isteri begitu, hatinya sayu.
"Umi, kenapa ni?" tangannya memegang bahu umi. Umi masih menangis. Dihulurkan gambar itu kepada suaminya. Mencerlung mata abah melihat gambar tersebut. Namun, abah masih tenang. Tidak teresak-esak seperti umi.
"Muhammad Iman ! Please explain this ! " lantang bunyi suara abah. Ye, dia tahu. Itu satu arahan apabila abah sudah menyebut nama penuhnya. Dia mengekori langkah umi dan abah menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu di bahagian bawah.
Umi masih menangis. Tapi tidak seesak tadi. Cuma tangannya sekali-sekali akan mengesat air jernih yang akan mengalir tanpa disuruh itu. Umi dan abah duduk di sofa. Manakala along pula sudah melutut di bawah. Kepalanya ditundukkan. Tiada airmata yang mengalir. Hanya riak suram yang terukir di wajahnya.
"That's why along nak further study kat sana..I need to settle this with her.." ayat pertama keluar dari mulut Iman.
"Who is "her" to you, Muhammad Iman?" abah mula bersuara. Dipandangnya Iman mengharapkan jawapan.
"My wife."
"Macam mana dan kenapa Iman? Jelaskan pada umi dan abah." suruh abah lagi..Iman melihat ke wajah umi, uminya senyum dan mengangguk. Seakan-akan memberi kekuatan kepadanya untuk menjelaskan segala perkara.
No comments:
Post a Comment