Sebagai sorang graduan lulusan undang-undang dari UIA, bohonglah jika dikatakan saya tidak merasa apa-apa atas kejadian yang menimpa keatas prof. Saya berasa agak terkilan dengan segala 'kekecohan' yang dirancang rapi pihak tertentu. Bagi saya secara peribadinya, prof adalah seorang lecturer constitution yang hebat. Saya berpeluang menimba ilmu dengannya ketika ditahun 1 dahulu untuk subjek Constituional Law 1. Prof adalah seorang lecturer yang sangat lain daripada lecturer2 AIKOL yang lain. Satu-satunya kelas yang tiada attendance sheet adalah kelas prof sahaja. Langsung tidak dihiraukan requirement yang department wajibkan keatas semua lecturer iaitu mencatat kehadiran pelajar ke kelas. Baginya, kalau nak belajar, datang. kalau tak nak belajar..lantak hangpa la. Samaada pelajar fokus, tidur, main2 handphone ke atau buat apa sahaja ketika dia sedang mengajar..dia tetap terus mengajar. Nampak kesungguhan diwajahnya ketika dia menyampaikan ilmu..malah ilmu itu tidak hanya tersekat pada silibus subjek sahaja, dia juga akan menyampaikan apa sahaja ilmu semasa lain unuk dikaitkan dengan subjek yang diajar.
Kelantangan prof dalam memberi idea dan mengkritik sistem perlembagaan negara sudah lama diketahui umum. Disebabkan keberaniannya mengkritik sesiapa sahaja, dia bagaikan sifu yang dikagumi. Tidak kiralah orang atau parti apa sahaja, jika salah tetap akan ditegur. Dan yang paling mahal harga seorang profesor ini adalah..dia bukan kaki ampu dan tak makan ampu. He has his own stands ! Satu prinsip yang akan dia junjung sampai bila-bila, berani mengatakan yang hak walau apa sahaja pangkat atau darjat individu tersebut.
Fenomena Prof. Aziz Bari mula marak disebabkan isu dia menegur Sultan Selangor lantaran ucapan baginda yang kesal dengan sesetengah pihak yang cuba memesongkan akidah umat Islam ( isu JAIS serbu gereja ). Dan prof hanya mengatakan bahawa titah Sultan yang sebegitu adalah sesuatu yang tidak lazim dilakukan oleh baginda. Malah, sebelum ini pun, apabila bekas menteri besar Selangor merobohkan surau, baginda juga berdiam diri dan tidak mengambil kisah akan hal tersebut. Saya yakin apa yang ditegur oleh prof itu tidaklah sampai kepada tahap menderhaka kepada Sultan. Hanya Mahathir sahaja yang suka menggembar-gemburkan isu kecil tersebut dengan mengatakan prof kurang ajar. Bagi saya, pendapat prof adalah sebahagian daripada pendapat akademik semata-mata ! kerana dia adalah seorang pakar perlembagaan negara dan dia bukan politician daripada mana-mana parti !
Ekoran isu kecil yang diperbesarkan oleh mantan perdana menteri itu, dua orang terbuang PKR mula menyemak nak mencari publisiti dengan membuat report polis kononnya prof telah menghina sultan. Tang mana hina pun saya tak tahu. Kalau bagi budak-budak tadika baca balik statement prof masa dia tegur sultan tu, saya rasa budak-budak tu pun akan gelak kah kah kah..Zul Nordin & Ezam dah nyanyuk !
Bukan setakat itu sahaja, malah Awang Selamat, editor UTUSAN HAIRAN itu pun nak naik nama jugak..dikatanya prof tak concern isu aqidah umat Islam..tak concern pasal kes murtad yang berlaku di Malaysia. Tang ni lagi la rasa macam nak buat tarian cak lengpong kat depan Awang Selamat..macam ade jugak la rase nak ajak dia join masuk kelas Constitutional Law 1 yang wujud kat mana-mana fakulti kat Malaysia nih. Haishh ! Kalau takde ilmu, jangan cakap sembarangan ye encik Awang..nanti jadi tak selamat. Prof Aziz yang sangat banyak menghasilkan artikel-artikel berkenaan isu murtad di seluruh Malaysia tu dikatanya tak sensitif isu murtad. kepada Awang, sila cari dan pergi ke mana-mana library law yang wujud untuk membaca semua tulisan-tulisan prof ye. Selamat berusaha ! ^ ^
Demo di UIA..hahaha, ni pun rasa gelak gak nih..bila ade demo lepas jumaat baru-baru ni..ramai la pulak yang nak jadi pakar perlembagaan..tengok kat facebook suda tahu sape yang akan ganti prof nanti. Semua student leaders yang wujud di UIA tidak berucap dan tak ambil port mase demo berlaku. Semuanya di ketuai oleh gerakan mahasiswa dari luar, terutamanya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) oleh saudara Shukri. Ini kerana sebelum demo berlaku, Rektor UIA telah berbincang dengan semua student leaders tersebut dan menerangkan semua yang berlaku keatas prof. Mereka diseru supaya berdiplomasi dengan bahagian admin UIA. Apabila ini berlaku, ramai la yang mengkritik.
Kenapa SRC UIA tak turun padang? Tak back up Prof Aziz ke? Kenape biar budak Uni lain lead demo? Kenape SMM tak bincang dulu ngan SRC nak buat demo? Kenape orang luar datang UIA? Politician tak respek UIA, join demo? Kenapa buat demo kat UIA?
Soalan2 tu semua soalan lazim yang hangat diperdebatkan kat facebook dan dimana-mana sahaja..
Jawapan saya mudah je..
SRC tak join sebab menghormati cara Rektor yang telah menjelaskan semua perkara kepada semua student leaders. Dan SRC tetap akan back up Prof Aziz sebagai seorang pensyarah ulung di UIA dengan menggunakan cara yang lebih berdiplomasi dan matang sebagai anak pelajar UIA.
SMM? Students Uni lain? Politician? Shamsul Iskandar? Siapakah mereka ini?
Mereka ini adalah MASYARAKAT MALAYSIA YANG SAYANGKAN PAKAR PERLEMBAGAAN NEGARA KITA, PROF AZIZ BARI. Kita kene ingat, bahawa prof ini bukanlah semata-mata seorang pensyarah..tetapi juga adalah seorang PUBLIC FIGURE kerana dia adalah PAKAR PERLEMBAGAAN NEGARA ! Oleh itu, semua dari mereka ada hak untuk berhimpun membela nasib prof dengan cara mereka ! Mereka ade hak untuk berhimpun di UIA kerana yang menggantung tugas prof adalah UIA. Takkan nak pi buat demo kat depan rumah Mahathir atau orang terbuang PKR tu kot ? Sangatlah tak logik !! Bagi saya juga tiada salahnya Tian Chua dan Nurul Izzah datang untuk berhimpun kerana mereka adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia. Dan bukannya datang untuk mempromosikan PKR atau menghentam UMNO. Shamsul Iskandar yang juga bekas Presiden SRC dan pelajar law UIA wajar diberikan peluang untuk sama-sama berhimpun disitu.
Jadinya, SRC tidak salah kerana tidak turut serta dalam demo..malah orang luar juga tidak salah untuk berhimpun untuk Prof Aziz di UIA.
Jadilah mahasiswa yang matang..bukan hanya tahu menghentam. Think for the future ~
Bekas pelajar prof sewaktu di tahun 1 dahulu.
Semoga Prof Aziz tetap tabah dengan 'hentaman kecil duniawi' ini..Rahmati guru kami ini Ya Allah..Amin
No comments:
Post a Comment