Saturday, July 21, 2012

Sublime 06

Najah tidak pernah lupa akan status dirinya. Status baru yang disandangnya tiga bulan lepas. Semuanya gara-gara ayah saudara yang tak berapa nak jadi ayah saudara tu. Sanggup nak jual anak saudara sendiri pada orang asing. Allahuakbar, saat itu dirasakannya lebih baik mati daripada melacur. Hanya istighfar dan alunan ayat Al-Quran sahaja yang menemani malamnya. Tidak mampu untuk melelapkan mata, bimbang Pakcik Joshua datang menceroboh biliknya lagi seperti malam sebelumnya.

Pakcik Joshua, adik ayah. Berubah terus selepas kematian isteri. Hutang keliling pinggang, patutnya pakcik Joshua yang menjaganya bila abi dan umi meninggal dua tahun lepas. Amanah itu digalas dengan baik pada mulanya sahaja, lama kelamaan dia merasakan Najah menjadi bebannya pula. Mujur Najah masih punya teman-teman di kampus, mereka sahabat, mereka jualah keluarga Najah sekarang. Bersyukur dipertemukan dengan Safia. Gadis periang dari Pendang, Kedah. Kata Fia, Pendang cantik sangat. Banyak sawah padi, teringin benar Najah nak berlari-lari di kawasan sawah. Macam dalam cerita Nur Kasih tu. Ops! Najah belum pernah ke Malaysia sebenarnya, hanya menonton drama tersebut di alam maya sahaja. Sebab tu nampak cantik, dalam drama TV kan.

"Berangan nampak.." bahu Najah diusap perlahan

"Rasa macam nak pergi Malaysia"

"Serius?" Safia dah senyum sampai telinga dah

"Yes, I am..nak tengok sawah padi kat kampung Fia boleh?" tanya Najah pada teman baiknya

"Sangat boleh, my dear Najah ! Tapi kene minta izin dari orang tu dulu kot. I'ts better I think " sengihan Safia makin melebar

Handphone Najah berlagu riang, ringtone Muhammad (PBUH) dari album terbaru Maher Zain mula kedengaran. Siapa ye? Najah mula berfikir. Private number?

"Em, angkat jela dulu.." cadang Safia

"Saya takut ni Pakcik Joshua.." perlahan saja suara Najah

"Angkat dulu, mana tahu panggilan dari Malaysia ke.."

"Erk.." Najah berasa pelik dengan ayat Safia

Bissmillah.."Assalamualaikum.." ucap Najah

"Waalaikumussalam warahmatullah.." orang di sana menjawab

Najah terkesima apabila mendengar suara itu. Air mukanya ternyata berubah. Safia berlalu keluar dari bilik Najah, memberikan ruang. Mengerti siapa gerangan si pemanggil.

No comments:

Post a Comment