Tinta Hati Ini...

Tuhanku,
Aku ingin menyintaimu sepenuh hati..bukan hanya pabila diuji.

Friday, April 27, 2012

Wanita yang dihormati ~



Nak jadi macam ni..jom ! Ayuh sama2 berusaha untuk menjadi yang terbaik. Wanita yang baik adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang. 

Sunday, April 8, 2012

Paksa vs Ajak Main

Dipetik daripada sebuah majalah yang bernama Gen-Q :)

Credit goes to Ustaz A. Ubaidillah Alias..barakallahufik ya ustaz.


Si ibu: 
Sudah ! Cepat kemas balik !

Si anak tergamam apabila dimarahi. Tidak mengerti mengapa dirinya dimarahi.

Si ayah keluar dari bilik dan menghampiri isteri dan bertanya mengapa. Jawab isteri dia berang kerana rumah bersepah. Apabila si suami menyuruhnya bersabar..

Si ibu:
 Ini tengah sabar, kalau tidak sabar..sudah tentu saya cubit anak ini

Si ayah: 
Sabar itu bukan menahan marah semata-mata, sabar itu termasuk berfikir mencari jalan keluar terbaik daripada sesuatu masalah.

Si ibu: 
Abang cakap senang, cuba abang buat

Si ayah melirik senyuman dan mendekati anak kecilnya sambil berkata:

"Mari kita bermain kutip barang. Abi kutip satu, kakak kutip satu. Siapa banyak kutip dia dapat pahala. Mari!"

Si anak berasa hairan lalu turut menyimpan barang mainan  ke alam bekasnya apabila melihat si ayah dengan gembira mengutip satu demi satu barang mainan. Si anak terhibur melihat reaksi si ayah walaupun tidak mengerti apa tujuan berbuat begitu.

Si ayah: 
Anak tidak suka dipaksa, dia suka diajak bermain sama-sama

Nice kan ! huhu, a woman always being emotional when she is too tired. She needs a man who can control the situation. A child is always innocent in her action..lead her, but don't force her. She is amanah from Allah. If you can protect & love her when she's still a baby..why not, you do the same when she is growing up. 

Love, Protect & Lead your child ^ ^
 

Tuesday, April 3, 2012

Akhirnya Ferdi pergi :(

Selama hampir 8 tahun dia hidup bersama keluarga saya..
Akhirnya Allah panggil dia balik..
Sedih sangat-sangat..
Sebab dia sangat manja dengan saya..
Saya sayang dia sangat-sangat..

Ferdi, nama umiku beri..
lantaran berkenan dengan hero Bawang Putih Bawang Merah..
berbulu lebat..
kami gelarnya jaguh kampung..
kalau bergaduh dengan kucing lain..
dialah heronya..

Kami keluar..
dia pun keluar..
kami balik..
dia dah tunggu depan pintu..nak masuk sekali..

Hari tu termarah dia..
sebab dia nak bukak tudung saji..
separuh hari cari tak jumpa..
merajuk la konon..
alih-alih nampak ekor dia kat atas almari..

aduhai sayangku merajuk..
duduk atas almari yang sangat tinggi tu..
kene mendongak baru nampak wajah merajuknya..
kita panggil turun..
dia buat dunno je..

bila tunjuk makanan baru turun..
itulah ferdi kesayanganku..
ku usap-usap bulunya..
dia menggesel-geselkan badannya..

hari tu, tersepitkan ekor dia kat pintu kereta..
orang nak keluar kereta..
dia sibuk menggesel..
orang nak tutup pintu kereta..
dia duk menggesel lagi..

tersepit la..menjerit nyaring kucingku itu..
ku usap-usap ekornya yang tersepit tadi..
ku mohon maaf..tak sengaja..
dia mula mengiau..
memaafkan aku barangkali..

Aduh ferdi..
aku sayang kamu..
terima kasih Ya Allah,
kerana beriku peluang menjaganya selama ini..
moga ferdi aman di sana.
ku ingin bertemumu kembali di lain waktu..
ku ingin memelukmu..
ku ingin menciummu..

Terima kasih Tuhan..aku sayangkan haiwan itu (^ ^)

Thursday, March 29, 2012

Kerana cintakan saudara, sahabat menafkahkan jiwa ~

Tajuk indah itu saya pilih daripada dialog Hilma demi mengutamakan kasih sayang seorang sahabat yang bernama Saidatul Nafisah. Cukup kagum dengan ukhuwah mereka berdua ~

"Saya dah takde masa depan" - Nida

"Masa depan itu milik Allah" - Attar


saya rasa ayat Attar ni sangat cun la.. Sape setuju dengan saya, give a sweet smile please. Biar saya tak nampak pun. yang penting Allah nampak akan keikhlasan hati anda mengiakan kebenaran ayat tersebut.

Rentetan filem 7 Petala Cinta :)


Saya cuba mencari mesej dakwah ringan sepertimana yang dikatakan oleh Diana Amir dalam filem tersebut. Alhamdulillah, saya kira ini satu usaha yang berani ke arah menghasilkan filem Islami. Memang tak setanding filem2 Indonesia lain yang jauh maju ke hadapan, tetapi it's a good try :)

Walaupun kita rasa kita belum cukup baik di hadapan Allah buat masa sekarang..

Jangan lah kira terus berburuk sangka kepada Allah..
Janganlah kita rasa Allah sudah membuang kita dari agamanya..
Janganlah kita curiga akan kebesaran pengampunannya..

Janganlah kita sangka siapa kita pada hari ini..adalah kita begini selama-lamanya..
Kita tidak akan pernah tahu ketentuan takdir kita pada hari esok..

Jika kita hari ini belum cukup baik di kaca mata Islam..
Carilah jalan-jalan kebaikan yang terpampang di hadapanmu sahabat,
Jangan biarkan dirimu terus hanyut..
Seolah-olah sudah tiada harapan..
Jangan pernah berhenti berharap..
Kerana Allah itu bersifat Ar-Rahman..Ar-Rahim..

Jika hari ini kita menjadi mukmin muslim yang baik..
Teruskan berusaha & berdoa wahai sahabat..
Kerana kita tidak akan pernah tahu..
Apa perancangan Allah untuk kita pada hari esok..
Akan kuatkah kita dengan ujianNya ?
Akan tersungkurkah kita dengan aturanNya?

"Wahai pemilik hati-hati kami, tetapkan hati-hati kami ini pada jalanMu Ya Allah"..

Saturday, March 24, 2012

Oh Malaysiaku & Kenderaan Awammu

Pengalaman balik kampung untuk mid sem break kali ni benar-benar menguji kesabaran saya. Bas ke Terengganu pukul 1 tengahari. Seawal jam 10.30 pagi saya dah berlenggang kangkung menuju ke tempat bus stop berhadapan Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws.

Cadangnya nak naik bas Rapid je ke LRT Putra. Bas pujaan budak-budak UIA, bas 231 yang comey lotey tu. Hampir 1 jam menunggu, bas tak datang-datang..yang duk tawaf uia berkali-kali hanya lah teksi, bas 91 dan bas Rapid U2 tu. Haish, tak boleh jadi ni..saya dah mula cuak..umi saya pesan pukul 12 dah kene ade kat Stesen Bas Hentian Putra. Mana sempat, naik LRT dari gombak ke KL Sentral dah dekat setengah jam. Saya dah tak sayang duit dah time ni, terus tahan teksi. Huhu, mesti pakcik tu cakap dalam hati :

"Akhirnya ku jua pilihanmu.." ^ ^

Bile dah sampai KL Sentral, tunggu train punye la lama. Sabar lagi. Train sampai lambat. Mula2 tulis 12.13 pm lepas tu 12.35 pm pulak. Umi dah start call dah. Saat terbuka je pintu train tu, masyaallah..ramai nye orang hari ni. Penuh sesak makhluk Allah keluar berpusu-pusu. Terdengar suara2 yg bersuara :

"Fuhh, lega boleh keluar.."
"Panasnya kat dalam tu.."

Saya dah mula syak hal yang satu itu...NO AIRCOND ^ ^

Kawan2 boleh bayang tak..dah la orang ramai yang amat..boleh pulak aircond tak berfungsi..train KTM pulak bergerak perlahan..kesian kan?

Tapi..alhamdulillah..saya masih boleh bertahan..tak rasa panas sebab saya dari tempat sejuk..cuma bila masuk train tu tak rasa aircond je la. Seorang budak lelaki India, menangis. Kepanasan barangkali. Ibunya telah menanggalkan bajunya. Sambil merengek-rengek budak tu berbicara dalam bahasa ibundanya. Kalau ikut ayat drama Queen saya, macam ni la bunyinya :

"Panas..panas..nak keluar.."  ^ ^

Kesian tengok budak tu..mak dia pujuk2 sambil kipas2 dia..aircond manual..kipas guna buku je ..

"Ok son..i know..i know.."


Alhamdulillah, saya sempat naik bas balik ke kampung :)


Itulah alkisahnya..
Mesti anda cakap..ape yang ko merepek ni..hehe,
saje je..tulis pasal ni..
mesti ade yang pernah lalui kan..
public transport Malaysia..
macam ni la selalu..
sila la upgrade2 skit ape yang patut wahai pemimpin2 negara yang budiman sekalian..
kesian kat rakyat jelata ni haa..
duk bayar segala cukai yang ade bukan main banyak..
ini je output yang anda boleh bagi pada kami..
do something please..isu ni dah lama kot..
tingkatkan kelajuan setara dengan LRT @ Monorail ke..
kalau tak setara pun..at least..hampir2 setara..
aircond tu jangan la kejap ade kejap takde..
kasi dia bekerja dengan istiqamah skit kat dalam train tu..
Boleh..?
Boleh laa..
Malaysia kan Boleh..
dibawah pemimpin yang semua boleh ni ^ ^

Thursday, March 15, 2012

Apabila terlalu selesa, mungkin kita terleka

Hidup selesa..
Memang la semua orang nak kan..
tapi..
bila pikir balik..
Kalau selalu sangat hidup dalam 'keselesaan'..
pasti akan jadi something yang negatif  pada diri nanti..
Sebab kita akan rasa kita dah betul..kita akan jarang buat baik..kita akan jarang doa..
Lepas tu kita akan lupakan Tuhan..kita akan lupa siapa kita sebenarnya..

Bagi saya, setiap hari harus ade ujian2 kecil dari Tuhan..agar kita sentiasa kembali pada Dia,
Agar kita sentiasa beringat..
Siapa Tuhan..
Siapa hamba..
Siapa pencipta..
Siapa yang dicipta..

Saya hidupdalam kelompok manusia yang saban hari akan berdepan dengan ujian, masalah..
Saya hidup dalam kelompok ahli perjuangan..alhamdulillah, dengan izin Allah saya akan terus berjuang selagi diizinkan untuk mendaulatkan agama Allah dimuka bumi ini.

Tetapi..
Apabila kadang2 saya merasa tiada masalah..tiada cabaran..
Saya menjadi risau..
takut2 saya & orang perjuangan lain akan terleka..
Itulah..apabila terlalu selesa..
kita akan merasa kitalah yang paling benar..
sedangkan hakikatnya, "keselesaan" duniawilah yang telah menutupi kebenaran yang sewajarnya..

Jangan terlalu selesa..
Ingatlah musuh sentiasa memerhati..
Allah takkan bagi kemenangan sewenang-wenangnya..
Tadhiyah..
Satu kalimah berharga buat para pejuang agama Allah..

Tuesday, March 13, 2012

Planning for the future

Planning ni dah lama ade dalam kotak fikiran saya, belum lagi tertulis kat mana2. Dan sekarang saya rasa nak luahkan benda alah ni kat blog terchenta saya ni..hehe, as a law student..mesti la nak buat chambering kan, bak kata orang melayu (latihan dalam kamar). Selama 9 bulan insyaallah, saya akan di train di mana2 firm yang masih bernyawa kat bumi semenanjung malaysia ini. Macam2 cerita dengar dari yang dah habis chambering ni, takut jugak kalau xleh nak masuk ngan suasana keje sebenarnya. Balik lambat la, kene marah ngan bos & staff la, pegi court sorang2 la & lain2 lagi..

Abah kata, itulah cabaran..kalau xde cabaran..kita xkan dapat improve diri sebab pengalaman kita sangat limited. Thanks abah, abah telah bagi satu gambaran positif terhadap "mehnah & tribulasi seorang chamber" :)
Setakat ini rancangan untuk chambering masih di sekitar area KL & Selangor. Maybe akan start selepas raya, dalam bulan 9. saya tak mahu ibadah terawih saya terganggu dengan keje2 chambering. Biarlah saya mula lambat pun, asalkan saya puas hati dengan kedatangan Ramadhan akan datang. Insyaallah ^ ^

Haha, bila dah start lambat..habis pun lambat jugak la kan..dalam bulan 5 2013 dah boleh diterima as advocate & solicitor insyaallah. Lepas tu??? hehe, niat saya nak bekerja dengan government. So, tengok la dapat ke tak borang SPA yang saya isi nanti tu. Kalau xdapat, xde rezeki la tu..mungkin akan stay jadi lawyer dulu sekejap then baru masuk kat mana2 bank untuk jadi sekretariat shariah.

Pasal kerjaya je nih..alahai, bab jodoh ni dah malas nak fikir lebih2 laa..ia akan datang bila dah tepat waktunya..even, kata ustazah..kadang2 orang yang kita pernah tolak pun boleh datang balik kat kita kalau dah memang dia jodoh kita..Allah itu bersifat Al-Hakim..perancangan Dia itu Maha Bijaksana..So, jangan question lebih2 bab2 macam ni. Ade la tu hikmahnya, kan? ('',)