Thursday, November 8, 2012

erti HIJRAH ~




Last week saya dan sepupu menghadiri satu forum Maal Hijrah di UIA. Tertarik sebab ade Ustaz Pahrol je mula-mula. Tajuk pun macam dah selalu dengar, pasal maal hijrah. Dalam hati, em mesti macam boring nanti. point yang sama je tiap-tiap kali dengar ceramah maal hijrah.

Tapi, yang terjadi sebaliknya. Sungguh la saya rasa bertuah datang bersama cousin ke UIA pada malam tersebut. Allah..Allah..Allah..DIA meletakkan saya betul pada tempatnya. Alhamdulillah..

Pengisian yang sangat menarik..Dalam memaknakan erti hijrah, pertama sekali cek diri masing-masing. Dalam hidup ni bila buat something kerana apa ya?

IBADAT atau ADAT???


Haa..pakat cek belaka naa..sebab apa?

Dalam kita menuntut ilmu,bekerja, berkahwin atau apa2 saja la..

Honestly, waktu itu saya terus muhasabah diri, kehidupan saya sepanjang belajar dan mencari hala tuju pekerjaan banyak dipengaruhi oleh resmi ADAT daripada IBADAT. Allahurabbi, bagaikan kene hentak dengan kayu, saya jadi insaf. Patutlah semuanya macam payah, ada halangan dalaman yang tak disedari rupanya.

Terima kasih Allah kerana menyandarkan kata-kata bermakna tersebut kepada hambaMu yang bernama Ustaz Pahrol...

Erti Hijrah yang sebenar apabila disertai dengan bertambahnya keimanan kita kepada Allah yang terbias melalui amal ibadat atau amal kebaikan kita. Yela, bukan senang nak cek iman ni kan..

Kata ustaz, even berlaku hijrah iaitu peningkatan positif dalam status sosial, ekonomi atau apa saja..ianya belum lagi dikatakan hijrah selagimana tahap keimanan kita statik pada satu tahap sahaja, tidak bertambah malah semakin berkurang.

Pada saya, teori ustaz itu benar. Hijrah luaran sahaja belum lagi mampu untuk kita iktiraf sebagai HIJRAH yang sebenar andaikata rohani kita tidak sama bergerak untuk berhijrah ke arah kebaikan. That's it ! Jangan hanya tahu mencanangkan kita sudah maju bertapak-tapak dari sudut ekonomi dan status sosial andai maksiat makin berleluasa. Andai solat 5 waktu pun tak dibuat. Malulah pada sang Khalik, berdegar-degar melaungkan itu ini, tunaikan hak sesama insan..tapi hak Allah kita abaikan..tolonglah malu, dengan perlakuan begitu pun DIA masih izinkan kita bernafas dibumi milikNYA ini.. Usah bicara dulu soal khusyuk dalam solat, kita perhatikan betul-betul dahulu soal solat 5 waktu itu sendiri. Buat atau tidak?

Kepada muda mudi, berhijrahlah..tinggalkan hiburan melampau. Budaya hedonisme yang hanya melalaikan..yang hanya menjadi syurga  dunia, tapi akan menjadi NERAKA buat kalian diakhirat kelak.

Kembalilah kepada fitrah agama, carilah ketenangan dan kebahagiaan hidup dengan cara yang lebih baik dan diredhai. Insyaallah, hidup kita akan lebih bercahaya dan bersinar..hanya jika semuanya kerana ALLAH yang agung.

Pada saat ini, saya juga sedang memaknakan erti hijrah buat diri. Aduh, ditegur Allah...sakit tapi manis..semoga pengorbanan ini ada nilainya disisi Tuhanku yang aku kasihi. Saya yakin Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik buat saya. Dan saya sangat yakin, Allah sangat sayangkan saya ('',)

HIJRAH + PENGORBANAN = KEJAYAAN & KEBAHAGIAAN

BIIZNILLAH


No comments:

Post a Comment