Monday, January 28, 2013

Trip ke kenduri Kawen ~ Ganu Lagi



Jumaat malam (25 jan 2013) bertolak ke Terengganu. Bermusafir, konvoi tiga kereta ke Besut. First time saya balik Terengganu lalu jalan Kelantan, Gua Musang. Mak aih jalan dia..boleh tahan 'lawa'. Sempat tengok highway yang sedang dalam pembinaan oleh kerajaan negeri Kelantan. 

Yang menariknya, aktiviti memotong kereta lain yang dilakukan dengan begitu berstrategi..hehe,

Berstrategi sebab kami menggunakan walki talki untuk dapatkan info kenderaan yang berada di sebelah kanan jalan. Satu kereta akan berada jauh didepan, manakala dua kereta yang agak lambat berada di belakang. Sebaik terima arahan..kami dengan confidentnya akan potong kereta2 lain..


"Jalan depan clear tak? boleh potong tak ni?"

"Clear..clear, boleh potong.."

Ini second trip yang saya join skali dengan muslimin. Aisy diorang ni, ade je lawak jenaka mase bawak kereta.. tak nak bagi mengantuk la katakan..hehe, melawak2 jugak, jangan sampai hilang pahala musafir..kata seorang sahabat ^ ^

Sebab utama saya join sebab pergi ke negeri sendiri..saya sayang Terengganu. Tapi next time, insyaallah akan join jugak kalo pi negeri lain pun..demi ukhuwah sesama sahabat..manisnya apabila semuanya kerana Allah kan. Serius best ! Aisyah dan Nabilah pulak makin serasi dengan khalah2 dan pakcik2 dia. Keletah Aisyah lah yang selalu buat kami terhibur semasa bermusafir..Saya sayang sahabat2 saya dan anak2 sahabat2 saya (^^)

No comments:

Post a Comment