Tuesday, July 16, 2013

Untuk Siapa



Kita hidup untuk Tuhan yang satu. Yeah, tepat sekali. Skema kan jawapan tu. Jawapan islamik versi silibus usrah atau kuliah haraki tu.

Kadang-kadang apa yang kita buat atau kita nak buat tu banyak sebab orang lain. I mean, bukan sebab kita betul-betul nak buat.

Terhutang budi..

Tunaikan impian bla  bla  bla..

Kesian..

Takut..

Terpaksa.

Semua ni boleh buat jiwa jadi kacau kan. Tak ikhlas. Dan yang penting sekali mungkin perkara yang kita nak buat tu tak kekal lama. Sebab kita takde hati pun buat benda tu. Benda tu jadi tak best.

Kita hidup ni bukan sorang-sorang la. Kene la ikut pandangan orang lain jugak. Yeah. That is so true. Tepat sekali untuk mereka-mereka yang suka hidup semata-mata nak please kan orang sekeliling.

Kalau aku buat ni, nanti ape pulak kata....

Kalau aku tak buat ni, mesti orang....

Kalau aku tak ikut cakap, mesti....

Only if we could handle all those obstacles wisely..

We'll be able to be who we want to be.

Just be you.

Hidup memang takkan pernah puas kalau sentiasa nak buat sesuatu untuk hamba-hambaNya yang sememangnya tak pernah puas.

Hanya apabila kita buat untuk Tuhan dan diri kita.
Kita akan lebih menghargai makna sebenar kehidupan ini.
Mak. Ayah. Abang. Adik. Suami. Isteri. Anak.
Semua tu pinjaman je weh. Allah pinjamkan kat kau supaya kau boleh buat ibadah. Supaya kau boleh tambah amalan dalam buku amalan. Supaya ade markah yang malaikat kat sebelah kanan atau kiri kau boleh catat.

Tapi kita ni tamak kan. Kita ingat semua tu milik kita sampai bila-bila. Tak sedar diri. Dah la sombong. Berlagak pulak tu.

"I cinta you sampai bila-bila."

"Dia adalah milik saya."

"Saya buat ni sebab mak ayah saya."

Hek dia. 

Itu la, kalau diri dah lupa hidup ni sebenarnya untuk siapa.




salam muhasabah.
6 Ramadhan 1434H
15 Julai 2013
11.47 pm

No comments:

Post a Comment