Monday, April 25, 2011

Sublime 05

Matanya dibuka perlahan-lahan. Terasa perit anak tekaknya apabila mahu bersuara. Semuanya kerana kesan perubahan musim. Najah bangkit dari pembaringan lalu menuju ke bilik air. Membasuh muka dan menggosok gigi. Dikerling jam didinding bilik yang sederhana besar itu. Sudah masuk waktu zuhur. Dia terus berwuduk. Walaupun masih terasa kurang sihat, namun  Najah tidak pernah menjadikan sakit itu sebagai satu alasan untuk meninggalkan solat. Arwah nenek amat menekankan soal solat 5 waktu kepadanya. 

"Assalamualaikum..." terjengul kepala Safia di muka pintu bilik Najah. Terukir satu senyuman diwajah manis itu.
"Waalaikumussalam Fia.." Safia terus masuk dan duduk dibirai katil. Disuakan tangannya ke dahi Najah. Dia senyum lagi. 

"Najah, panas lagi badan awak tu..kenapa tak solat sambil berbaring aje. Muka pun pucat lagi tu. " Najah melipat telekung dan duduk disebelah Safia.

"Saya dah ok sikit la Fia. Masih larat lagi nak bangun sembahyang. Takpe la, kalau saya betul-betul tak larat nanti, baru saya solat macam tu ye.." Safia hanya mengangguk, faham benar dengan kedegilan Najah. Timbul riak kasihan di wajah itu apabila memikirkan perihal hidup Najah. Pada umur 23 tahun, temannya itu telah pun berkahwin. Dia tahu itu bukanlah kehendak Najah, namun demi keselamatan diri , Najah terpaksa akur dengan perkahwinan tersebut. Kedengaran Safia mengeluh perlahan.

"Nape Fia..?" 

"Saya..saya tak tau nak cakap ape..saya kasihan...." matanya mula bergenang sambil memandang tepat ke arah Najah.

"Syhh..don't cry please..Najah ok je...Najah terima takdir yang Allah tentukan dengan redha dan berlapang dada. Jika ini caranya untuk Allah tunjukkkan kasih sayang dia pada Najah, Najah akan terima. Fia, pray for me ok. Pray for my marriage with that hati batu guy.." ayatnya ynag terakhir itu membuatkan Safia ketawa.

"Ok, I promise friend.. I'll doa for your happiness with him. Be strong ok ! Of you need a support system..just call me eh. " Dia melihat Najah menggangguk. Digenggam tangan temannya itu erat-erat. Seakan memberi kekuatan.

No comments:

Post a Comment