Tuesday, August 14, 2012

Semangat Orang Muda :)

Orang muda..kata abah. Saya terus terdiam. Basically, bila berbuka akan ade la yang buka apa-apa topik perbincangan. Masa awal-awal puasa itu hari, saya keluarkan isu saf solat berjemaah di masjid. Tak rapat. Majoritinya makcik-makcik yang tak nak rapatkan saf. Saya siap bagi dalil, keluarkan hujah saya, hujah orang lain yang lebih berilmu. Saya assume mereka tak tahu bab kene rapatkan saf ni. Sebab mereka tak masuk universiti, dan saya masuk universiti, jadi menunjukkan saya lebih tahu ke?? Entahlah, tapi ramai dikalangan muda mudi kompelin isu ni.

Lepas tu abah cakap, mereka tu dah tua. Nak bangun pun tak larat. Ambil masa nak berdiri balik selepas sujud.. takut telekung sembahyang terpijak kat orang sebelah. Nanti terjatuh. Sebab tula duk renggang sikit. Bukan renggang jauh sangat pun. Saya pulak tengah excited..

"Isy, mana boleh..kan sahabat pun suruh rapatkan saf..siap gunakan pedang lagi nak ukur sama ke tak saf tu.."

"Erm, orang muda..cakap memang bersemangat..tapi tak faham keadaan."

Dush..dush..saya rasa beberapa tembakan telah mengena hati, jantung, limpa dan akal fikiran saya. Huu, kan dah kena..

Saya fikir balik apa yang saya luahkan tadi..
Allahuakbar..betullah kata abah..
Saya memang dah bagi dalil yang betul dah..
Tapi  tak padan dengan waqi'..
hihi, padahal dah blaja mase subjek maqasid syariah dulu..

Boleh lupa pulak..point terpenting
Waqi' @ keadaan..haih, nila orang muda kan..bercakap ikut suka je.
dalil yang ada kene sesuaikan dengan keadaan sesuatu masalah.
Tu pesan ustazah Halima dulu.
Kalau tahu dalil je, tapi tak faham keadaan..maka kita akan berikan hukum yang salah pada tempatnya.

Orang muda dan semangatnya..
Walaupun tahu banyak ilmu..
tapi pengalaman orang terdahulu jangan diabaikan..
guru terhebat dalam kehidupan adalah pengalaman bukan? ('',)

 

No comments:

Post a Comment