Monday, August 27, 2012

Sublime 07

“Er..Najah, are you still there?”

“Yes,yes, I’m here..” Najah menggigit bibir, nervous sangat sebenarnya ni. Dah lama benar tak dengar berita dari orang tu.

“Next week..start break kan?”

“A’ah”

“Come to Malaysia..” arah Iman

Hati Najah dah berbunga riang. Terbayang sawah padi di Pendang. Akhirnya.

“Ok.” balas Najah.

Ok je? Iman dah mula bermonolog. Taknak tanya kenapa suruh datang Malaysia ke dia ni. Lantak la,bukan penting pun pertanyaan tu. Yang penting orang di sana sudah setuju untuk pulang. Ada misi penting yang perlu diselesaikan dengan orang itu.

“So, see you next week. Assalamualaikum.”

“Alright then, waalaikumussalam waramatullah.” tanpa sedar wajahnya mengukir senyuman untuk beberapa saat sebelum berubah riak. Ceh, bagi arahan macam ape je dia ni. Yela Najah, bajet dia nak cakap lemah lembut ke dengan awak. 

Dan orang di Malaysia itu masih kaku di situ, di sisi jendela bilik. Memikirkan perancangan yang dirangka diminda. Allahuakbar, kumohon kekuatan dari Mu Ya Allah.

“Along..” pintu bilik terkuak. Umi masuk, langsung duduk di birai katil. Ditangan umi ade sekeping gambar. Muhammad Iman rasa kaget melihat umi memegang gambar yang telah menggegarkan rumah mereka tempoh hari.

Umi sengih melihat dia kalut semacam. Akhirnya ayat ibu buat Muhammad Iman rasa nak terjun jendela bilik. Umi puji Najah la.

“Cantik orangnya..” Umi senyum.

“Nampak baik dan lemah lembut.” Dan umi senyum lagi

“ Er, dia biasa-biasa je umi.” Muhammad Iman duduk di sisi umi. Memegang tangan orang yang dikasihinya. Sambil memandang tepat kewajah umi.

“I’m sorry..really sorry..”suara bebaur penyesalan. Dan drama air mata pun bermula. Dua beranak berpelukan. Umi cium ubun-ubun Muhamad Iman.

Amni hairan dengan drama sebabak yang baru dilihatnya. Beg sandangnya diletakkan di atas meja belajar. Deep thinking. What’s wrong eh? Along buat hal lagi ke tu? If tanya Along, sama la macam tanya dinding. Umi? Mungkin  akan berjaya dikorek. Em, misi CIA akan bermula malam ini, selepas isyak..waktu nak sediakan makan malam untuk keluarga. Venue? Semestinya di dapur yang terindah itulah kan.

Time: 9.00 pm
Lokasi: Dapur
Amni & Umi

Umi tengah masukkan sambal sotong kedalam pinggan. Amni tengah kacau air.

“Umi..”

“Ye..”

“Along ade buat umi susah hati lagi ke?”

“Kenapa tiba-tiba tanya? Angah ada nampak umi tengah susah hati ke sekarang?” umi senyum je jawab pertanyaan dia.

“Tadi siang nampak umi dengan along buat drama air mata. Tu yang tanya tu..” Amni dah pegang tangan umi.

“Umi ok?”

“Umi ok. Takde apelah. Biasala along tu. Umi dah nasihatkan dia dah. Angah jangan risau ye. Along tu Nampak je cenggitu, tapi hati dia baik. Dia masih anak yang baik buat umi dan abah. Abang yang baik pada adik-adiknya.”

Umi ni macam nak berahsia je. Takpe la.

“Ok la kalau macam tu, angah dah tak perlu fikir bukan-bukan la if umi dah cakap smua ok.” Angah peluk umi.

“Ni ape buat drama kat dapur pulak ni?” Ulwan dah berpeluk tubuh memandang dua beranak yang tak jadi nak sambung drama tu.

“Kacau la Achik ni. Orang nak manja- manja dengan umi ada je dia nak potong line. Pergi la Jepun cepat-cepat !.”

“Haish, ada pulak cakap kat achik macam tu..nanti achik takde mula la rindu-rindu.”

“Takkan.”

“Heh..”

“Tengok la nanti. Orang baru masuk foundation pun dah selalu suruh balik rumah. Achik, balik eh minggu ni, teman angah pergi situ la, pergi sini la.” Ulwan dah buat gaya mengajuk.

“Hello, my little brother, that one ah..your responsibility la. Guard your cute plus comey sister ni. No need to ungkit-ungkit maa..haiya. Tepi sikit, nak lalu..sebok je kat pintu dapur ni.”

“Ahha..tau pun. Tapi kan, ada ayat yang kene edit sikit la ngah. Cute plus comey? Uhuh ! ”

“Do I care..”

“Sudah..sudah..makanan kat depan mata pun nak bertekak lagi.” Along dah mula masuk line. Ayat stone dia dah mai dah. Angah pandang achik, achik pandang angah. Masing-masing senyum mengejek.

“Hari sabtu ni semua duk rumah ye, kita semua nak pergi airport. Jemput sedara jauh.” Abah dah mulakan mukadimah ‘dinner-talk’.

“Sedara jauh? Sape bah?” Angah macam biasa, sesi siasatan dia nak mula la tu. Law student. Macam tu la

“Ada la. Nanti sampai airport, tengok la sendiri.” Abah pandang umi.

“Abah, you are talking to me right? Kenapa pandang umi pulak.” Gaya tak puasa hati Nur Amni

“Haih, my wife kan, ikut suka abah la..” semua yang ada dah gelakkan Nur Amni.

Hadoi, kan dah kene. “Yela, your wife kan..tengok la selalu.”

Disatu sudut, Iman hanya memerhatikan mereka. Diam tak berkutik. Malas nak masuk campur, sedangkan dialah hero utama dalam perkhabaran tentang sedara jauh tu. Macam mana la agaknya reaksi angah dan achik nanti bila tau dia dah kahwin. Setakat ini hanya umi dan abah je yang tahu.


“Najah, saya nampak Iman.” Safia cuit bahu Najah

“Mana?” Najah tercari-cari kelibat orang tu.

“Tu, dia tengah lambai kat awak. Oh my God, dia datang dengan family la.”

“Hah?? Alamak, awak..saya takut la. Nak balik UK balik boleh tak. Kita balik UK balik eh.” Najah memusingkan badannya, mengadap Safia. Masih merayu-rayu tengtang idea kurang bijaknya tu.

“Tak boleh balik UK. Dah sampai sini kan.” Suara tu, kantoi. Laju nye mamat ni jalan. Dia terbang ke tadi? Tahula sekarang kat airport, takkan dia pinjam sayap kapal terbang tu kot.

“Najah, come. Meet my family.”

“Kenapa tak bagitahu saya awal-awal awak bawak satu family. Saya tak bersedia lagi la.” Ayat Najah mendatar je, geram pun ade bila Muhammad Iman buat decision macam libatkan hidup dia sorang-sorang je dalam hal ni.

“Apa pasal pulak nak sedia-sedia bagai ni? Ni bukan cerita dalam TV tau. This is real. Bukan bakal mentua, tapi memang nak bawak jumpa mentua dah pun ni. Dah la, jom.” Iman dah mula nak heret luggage Najah.

“Laa, jom la..”

“Takut..”

“Family saya tak makan orang la. Umi dan abah dah tahu semua, except angah and achik.”
Akhirnya, mereka berjalan menuju ke arah family Iman. Umi peluk menantu baru. Najah salam dengan semua orang dengan perasaan cuak tahap tak tahu nak explain macam mana dah. Ini semua hasil kerja  Muhammad Iman yang sangat berdedikasi tu. Haih, bikin hati ini panas je. Sabarlah wahai hati.

“Angah, achik..your sister in law. Nurul Najah. Junior along kat Glasgow.” Baik punye  introdure. Sampai buat achik dah tercengang kat situ. Angah pulak, gaya dah macam nak mulakan siasatan. Macam biasa.

“Nanti umi dan abah explain kat rumah ye. Jomla, kita gerak dulu. Taknak berkampung kat sini kan semua orang.” Abah mendahului.

Umi, abi..Najah got new family. Doakan Najah ye. Najah takut. I have nobody here. Matanya bergenang. Allah, semoga silaturahim yang bakal terjalin ini memberi keindahan kepada kehidupanku di bumi Malaysia ini.

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturahim (dengan ihsan)”
                                                                                              (Riwayat Bukhari & Muslim)

  


No comments:

Post a Comment