Friday, March 18, 2011

Sublime 02

Iman duduk termenung di luar balkoni biliknya. Mata itu tajam melihat kambing-kambing peliharaan keluarganya yang sedang enak beradu dikandang mereka. Terasa seolah-olah berada di kampung pula apabila keluarga mereka memelihara kambing di kawasan lapang di belakang rumahnya. Kata abah, daripada bazirkan tanah buat kolam renang yang macam ikut budaya orang putih tu, baik la pelihara kambing. Ikut sunnah Rasulullah katanya. Setiap hari abah akan menjenguk kambing-kambingnya yang sudah mencecah angka 70 ekor itu. Dia bangga dengan abahnya yang rajin. Dah tua pun bukan boleh duduk diam. Coke di sebelah dicapai. Diteguk perlahan. Diselang seli dengan hembusan Marlboro. Iman mengalih pandang ke arah rokok di tangannya itu. Sementelah dia tersengih mengingat kembali bebelan angah apabila dia merokok.

"Along ni tak sayang nyawa ye? Dah tak sabar sangat nak suruh umi buat kenduri arwah eh?"

Terasa berasap telinganya tika itu. Sedang enak dia menikmati nikotin ditangannya, tiba-tiba angah datang melaser.Tajam dia memandang angah yang buat dunno dengan kalih Muhammad Iman. Seakan mahu saja dia menampar mulut laser itu. Harapkan badan je kecil, tapi mulutnya itu..ada saje ayat berbisa yang dihamburkan semata-mata mahu memerli abangnya. Amni duduk di sebelah alongnya di atas buaian.

"Laa..ape salahnya smoking..its normal la sekarang ngah.." ujarnya perlahan. Cuba untuk tidak membalas perlian adiknya itu. Cuba untuk berbual dengan baik. Seingat dia, jarang sekali mereka boleh duduk berborak dengan aman. Jika bukan angah yang memulakan kata-kata pedas dahulu, maka dia pula yang akan mencari pasal dengan angahnya itu.

Mood along baik la pulak malam ni..Dia juga cuba berdiplomasi. Rentak suaranya berubah ke tone mendatar "Normal la sangat, you know what I got from my research?" Angah mengangkat kening kanan. Dah macam Ziana Zain dah alongnya tengok.

"What?"
"Ni from Harvard School of Public Health punye analisis laa..dia bagitau yang company cigarette have consistently increased the nicotine content in tobacco lately ni. Bahaya la long. Boleh rosak jantung tu.." lirih dia bersuara. 

"Tau tak..rokok yang angah hisap ni..kandungna nikotin dia biasa-biasa je. Not like other cigarette laa yang makin lama makin bertambah tu.. ni yang jenis Marlboro regular tau, the company maintained the nicotine. Don't worry dear." Pandangannya tetap ke hadapan. Tidak dihiraukan riak wajah angah yang geram dengan kenyataannya itu.

"Up to you la long..Angah malas la nak cakap lebih-lebih dengan manager kilang rokok Marlboro ni kan..kang ade aje hujah-hujah tak bertauliah dia." kemudian dia berlalu ke dalam rumah. Along hanya memandang sekilas bersama satu sengihan.

Seingatnya angah selalu menegurnya yang kerap merokok. Kata angah, sesak nafas orang sekeliling bila along merokok. Orang dalam rumah ni semua boleh mati cepat hidu asap rokok along. Dia kadang-kadang pernah terfikir untuk berhenti. Tapi susah, bila dah ketagih. Sehari tak jumpa rokok. macam tak boleh hidup je. kalau takde handphone pun takpe lagi rasanye. Mungkin satu hari nanti dia akan berhenti. Mungkin apabila dia sudah jemu memandang rokok sebagai nadi hidupnya nanti.

No comments:

Post a Comment