Sunday, March 27, 2011

Sublime 03

Iman menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Terpandang akan hidangan sarapan di atas meja. Bihun, nasi lemak, sandwich. Dia sudah dapat mengagak siapa yang menyediakan semua itu. Kalau ada sandwich, pasti angah yang sediakan. 

Sandwich angah memang sedap.Tak sama yang macam dijual di kedai. Angah taruk apa entah, kalau angah buat sandwich je, pasti akan licin. Sampai umi penah cakap,

" Tak sedap ke nasi goreng yang umi buat ni?" seolah-olah merajuk pula orang tua tu. 
"Sedap la umi, tapi kalo ade sandwich ni. Nasi goreng umi dah jadi nombor dua." abah memang suka mengusik umi..semua yang ada ketawa melihat umi yang sudah menarik muka. Lepas tu mulalah angah akan buat aksi bermanja-manja dia dengan umi. Hurm..perempuan..macam tu la selalu..

"Along..kalo nak makan..self service ek." ucap angah yang tiba-tiba muncul dengan beg dan segala buku-buku di tangan.
"Angah nak keluar discussion ke tu?"
"Tak la..nak pi siram pokok bunga umi kat depan tu ha" selamba dia menjawab
"Owh..i see..tak tau plak along pili air kat rumah ni dah bertukar jadi Evidence Act, Criminal Procedure Code, Legal Profession Act semua.." tangannya membelek-belek segala statutes yang dipegang angah lalu diambilnya.

"Hehe..along kan jarang ada kat rumah..mesti la along tak tau. Bak sini balik buku angah." 
"Kalau along taknak bagi..."
"Ape along ni..orang dah lambat laa..kawan tengah tunggu tu.."
"Buat main lagi..along tanya elok-elok.."
"Lain kali jawab la elok-elok.." tanpa disuruh..Amni sendiri yang menyambung ayat tersebut.
Setelah mendapatkan bukunya..Amni segera berlalu sambil menjerit

"Along senget !!!"
 Iman yang mula menarik kerusi untuk duduk, terus berpaling dan menjengilkan matanya ke arah Amni yang sedang menjelirkan lidah di muka pintu.
Bertuah punya adik...nasib baik ada sandwich ni..dengan lafaz bismillah dia mengunyah perlahan..

"Morning long !"
"Morning !"
 Achik duduk di sebelah abangnya. "Angah dah keluar ek?"
"A'ah..baru je.."
"Erm..dia ade pesan pape tak kat along tadi pasal nak cari sweater?" tangan Ulwan sudah menyenduk nasi lemak ke pinggannya.
"Dia suruh achik pegi sendiri.." bohongnya pada Ulwan
"Konfem tipu ! " hahaha..dilihat alongnya sudah ketawa 
"Dia takde plak cakap ape-ape..Call la angah, dia lupa kot tadi." 
"Ok..erm, along cuti berapa lama ni?"

"Tak tau lagi..sebab.." ayatnya tergantung disitu apabila melihat umi dan abahnya mula mendatangi mereka.
"Umi ngan abah sampai pukul berapa semalam?" setahunya, sewaktu dia mahu masuk tidur pukul 2 pagi semalam, orang tuanya itu belum pun sampai dari Kedah. Melawat kawan lama mereka yang sedang tenat di sana.

"Dalam pukul 3 lebih.." umi bersuara
"Along..plan nak sambung master tu macam mana? Still jalan ke?" abah memandangnya mohonkan jawapan
"On je bah..tapi macam ade ubah sikit la dari plan asal.."
"Apa yang berubahnya?" serius nada itu bertanya
"Along ingat nak sambung kat sana..bukan kat sini.." serentak itu, dia mendengar ada kerusi ditolak. Umi. Dia melihat uminya telah berlalu meninggalkan mereka semua di meja makan. Dia juga melihat umi mengesat mata dengan lengan bajunya. 

Semua yang ada terus diam. Abah. Achik. Dua-dua diam tak berkutik. Dia pula menundukkan wajahnya ke pinggan di atas meja makan.

"Achik dah sudah.." Achik bangun meninggalkan dia dan abah.
"Erm..abah pun dah sudah..nak pegi cari buah manggis kat pasar. Angah teringin."
Dia tersenyum tawar.
"Long..nanti kite bincang lagi pasal ni.." abah terus berlalu.

Dan dia..masih di situ. Oh umi..dia harus pandai menyusun ayat untuk berdepan dengan bondanya itu. Dia punya alasannya tersendiri untuk terus menyambung pengajian di Glasgow. Bumi UK sana. Dia harus untuk terus berada di sana.

No comments:

Post a Comment