Thursday, February 16, 2012

Nikah & maqasid usrah


Nikah tu sunnah Rasulullah..and it's good. Kawen awal? it's good too. Yes, i agreed ! But, at the same time, rasa sedih apabila ramai orang yang menggalakkan anak muda berkahwin awal, dengan reasons ianya sunnah, untuk elakkan buat maksiat dan pelbagai lagi la. Betul dah tu, tapi mereka mungkin lupa nak kupaskan sekali nasihat2 berharga untuk mereka2 yang nak berkahwin awal ni, mereka yang masih belajar, yang masih mentah dengan mehnah rumah tangga, yang masih canggung mengawal emosi diri apatah lagi emosi bakal pasangan, mak mentua, ayah mentua, ipar duai.

Berkahwin tu mudah..jangan susahkan..itu kata mereka, tak perlu hantaran beribu2 bagai..membazir, tak ikut sunnah..itu hujah mereka untuk nampak nikah itu sangat mudah. Yes, i agreed ! Tapi sayang, mereka hanya menekankan bahawa nikah itu mudah diawal stage pernikahan sahaja. Selepas2 itu, lu pikir la sendiri eh...ek ele, tak macho la macam tu bro..nak dakwah orang ke arah kebaikan, dakwah la sampai habis, tak best la separuh2 macam tu. Disebabkan fenomena begini la, memungkinkan keruntuhan baitul muslim yang dibina oleh anak muda zaman sekarang. Nikah dengan mudah, tapi persiapan rapi untuk melayari alam rumah tangga..sifar. Baru beberapa bulan nikah, sudah bercerai-berai..nauzubillah..tapi itulah hakikat kehidupan sekarang. Pasangan kene bersedia dari segi mental & fizikal. It's really important my dear friends..Be prepared, you'll be a good wife to your husband, a good daugther to your parents, a good daughter in law to your husband's parents..you'll enjoy your marriage to jannah, insyaallah :)

Maqasid usrah, sangat penting..ramai yang tak tahu & tak apply maqasid usrah dalam baitul muslim mereka..akhirnya, rumah tangga tergadai begitu sahaja. Contoh yang paling mudah untuk seorang anak perempuan yang berkahwin. Dia wajib taat pada perintah suami..dalam masa ynag sama dia juga wajib berbuat baik pada kedua ibu bapa. Jika pada waktu yang sama bercanggahan antara suami & ibubapa dalam perkara2 halal dan haram. Ianya jelas, yang mana patut didahulukan. Tetapi dalam perkara2 yanga mubah @ harus, contohnya : suami mahu ajak keluar shopping, tetapi diwaktu yang sama ibu anda sedang sakit. Anda wajib mengutamakan ibu yang sedang sakit. kerana keutamaan urusan dalam hal ini adalah ibu yang sakit, bukan shopping. begitu jugalah sebaliknya.

Ramai yang tak tahu benda ni..iaitu dalam perkara mubah @ harus, kene tengok keutamaan..bukannya wajib taat perintah suami setiap masa. Ramai juga yang menceritakan tentang kisah di zaman sahabat (kalo tak silap la). Tapi hakikatnya, kata ustazah Maqasid saya, suami2 yang menghalang isteri2 mereka berhubung baik dengan ibubapa mereka bukanlah seorang suami yang baik..mereka telah memutuskan perhubungan dua buah keluarga, yang mana sangat bertentangan dengan prinsip Maqasid Usrah iaitu menghubungkan SILATURAHIM.

Buat sahabat2, nak nikah..go on..silakan, pilihlah seseorang yang boleh menerima dirimu & keluargamu. Jika dengan nikah itu (satu pahala) anda akan melukakan hati kedua ibubapa dengan melakukan satu dosa..it's nothing la di pengakhiran hidup kita nanti. As i said earlier, be prepared..as a son in law..as a daugther in law..insyaallah, bahagia rumah tangga anda hingga ke syurga.

Bila cakap bab nikah ni, of course la perempuan kene memilih..lelaki takpe, kalau tak memilih sangat pun..sebab perempuan ni kene cari yang boleh jadi Imam dia, yang akan bimbing dia. Kalau lelaki, dia yang akan membimbing isterinya. Teringat dialog antara saya dan umi semasa sedang menonton satu rancangan agama di  astro yang dikendalikan oleh seorang Imam Muda. Saya saja berseloroh,

Saya: umi, tu bakal menantu umi :)

Umi: Owh..molek dah tu..umi suke ! (sambil mata bersinar-sinar)

Apabila teringat balik, gelak kat diri sendiri je. Aduhai, mana la layak nak bergandingan dengan Iman Muda itu..public figure tu..

Jodoh itu rahsia Allah..
rahsiaNya yang paling dalam..
carilah, berusahalah, beramallah dengan ikhlas..
insyaAllah anda akan jumpa orang yang tepat bila tiba waktunya..

Salam mahabbah,
Mariati ~

No comments:

Post a Comment