Thursday, March 29, 2012

Kerana cintakan saudara, sahabat menafkahkan jiwa ~

Tajuk indah itu saya pilih daripada dialog Hilma demi mengutamakan kasih sayang seorang sahabat yang bernama Saidatul Nafisah. Cukup kagum dengan ukhuwah mereka berdua ~

"Saya dah takde masa depan" - Nida

"Masa depan itu milik Allah" - Attar


saya rasa ayat Attar ni sangat cun la.. Sape setuju dengan saya, give a sweet smile please. Biar saya tak nampak pun. yang penting Allah nampak akan keikhlasan hati anda mengiakan kebenaran ayat tersebut.

Rentetan filem 7 Petala Cinta :)


Saya cuba mencari mesej dakwah ringan sepertimana yang dikatakan oleh Diana Amir dalam filem tersebut. Alhamdulillah, saya kira ini satu usaha yang berani ke arah menghasilkan filem Islami. Memang tak setanding filem2 Indonesia lain yang jauh maju ke hadapan, tetapi it's a good try :)

Walaupun kita rasa kita belum cukup baik di hadapan Allah buat masa sekarang..

Jangan lah kira terus berburuk sangka kepada Allah..
Janganlah kita rasa Allah sudah membuang kita dari agamanya..
Janganlah kita curiga akan kebesaran pengampunannya..

Janganlah kita sangka siapa kita pada hari ini..adalah kita begini selama-lamanya..
Kita tidak akan pernah tahu ketentuan takdir kita pada hari esok..

Jika kita hari ini belum cukup baik di kaca mata Islam..
Carilah jalan-jalan kebaikan yang terpampang di hadapanmu sahabat,
Jangan biarkan dirimu terus hanyut..
Seolah-olah sudah tiada harapan..
Jangan pernah berhenti berharap..
Kerana Allah itu bersifat Ar-Rahman..Ar-Rahim..

Jika hari ini kita menjadi mukmin muslim yang baik..
Teruskan berusaha & berdoa wahai sahabat..
Kerana kita tidak akan pernah tahu..
Apa perancangan Allah untuk kita pada hari esok..
Akan kuatkah kita dengan ujianNya ?
Akan tersungkurkah kita dengan aturanNya?

"Wahai pemilik hati-hati kami, tetapkan hati-hati kami ini pada jalanMu Ya Allah"..

No comments:

Post a Comment