Saturday, March 24, 2012

Oh Malaysiaku & Kenderaan Awammu

Pengalaman balik kampung untuk mid sem break kali ni benar-benar menguji kesabaran saya. Bas ke Terengganu pukul 1 tengahari. Seawal jam 10.30 pagi saya dah berlenggang kangkung menuju ke tempat bus stop berhadapan Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws.

Cadangnya nak naik bas Rapid je ke LRT Putra. Bas pujaan budak-budak UIA, bas 231 yang comey lotey tu. Hampir 1 jam menunggu, bas tak datang-datang..yang duk tawaf uia berkali-kali hanya lah teksi, bas 91 dan bas Rapid U2 tu. Haish, tak boleh jadi ni..saya dah mula cuak..umi saya pesan pukul 12 dah kene ade kat Stesen Bas Hentian Putra. Mana sempat, naik LRT dari gombak ke KL Sentral dah dekat setengah jam. Saya dah tak sayang duit dah time ni, terus tahan teksi. Huhu, mesti pakcik tu cakap dalam hati :

"Akhirnya ku jua pilihanmu.." ^ ^

Bile dah sampai KL Sentral, tunggu train punye la lama. Sabar lagi. Train sampai lambat. Mula2 tulis 12.13 pm lepas tu 12.35 pm pulak. Umi dah start call dah. Saat terbuka je pintu train tu, masyaallah..ramai nye orang hari ni. Penuh sesak makhluk Allah keluar berpusu-pusu. Terdengar suara2 yg bersuara :

"Fuhh, lega boleh keluar.."
"Panasnya kat dalam tu.."

Saya dah mula syak hal yang satu itu...NO AIRCOND ^ ^

Kawan2 boleh bayang tak..dah la orang ramai yang amat..boleh pulak aircond tak berfungsi..train KTM pulak bergerak perlahan..kesian kan?

Tapi..alhamdulillah..saya masih boleh bertahan..tak rasa panas sebab saya dari tempat sejuk..cuma bila masuk train tu tak rasa aircond je la. Seorang budak lelaki India, menangis. Kepanasan barangkali. Ibunya telah menanggalkan bajunya. Sambil merengek-rengek budak tu berbicara dalam bahasa ibundanya. Kalau ikut ayat drama Queen saya, macam ni la bunyinya :

"Panas..panas..nak keluar.."  ^ ^

Kesian tengok budak tu..mak dia pujuk2 sambil kipas2 dia..aircond manual..kipas guna buku je ..

"Ok son..i know..i know.."


Alhamdulillah, saya sempat naik bas balik ke kampung :)


Itulah alkisahnya..
Mesti anda cakap..ape yang ko merepek ni..hehe,
saje je..tulis pasal ni..
mesti ade yang pernah lalui kan..
public transport Malaysia..
macam ni la selalu..
sila la upgrade2 skit ape yang patut wahai pemimpin2 negara yang budiman sekalian..
kesian kat rakyat jelata ni haa..
duk bayar segala cukai yang ade bukan main banyak..
ini je output yang anda boleh bagi pada kami..
do something please..isu ni dah lama kot..
tingkatkan kelajuan setara dengan LRT @ Monorail ke..
kalau tak setara pun..at least..hampir2 setara..
aircond tu jangan la kejap ade kejap takde..
kasi dia bekerja dengan istiqamah skit kat dalam train tu..
Boleh..?
Boleh laa..
Malaysia kan Boleh..
dibawah pemimpin yang semua boleh ni ^ ^

No comments:

Post a Comment