Tuesday, March 13, 2012

Planning for the future

Planning ni dah lama ade dalam kotak fikiran saya, belum lagi tertulis kat mana2. Dan sekarang saya rasa nak luahkan benda alah ni kat blog terchenta saya ni..hehe, as a law student..mesti la nak buat chambering kan, bak kata orang melayu (latihan dalam kamar). Selama 9 bulan insyaallah, saya akan di train di mana2 firm yang masih bernyawa kat bumi semenanjung malaysia ini. Macam2 cerita dengar dari yang dah habis chambering ni, takut jugak kalau xleh nak masuk ngan suasana keje sebenarnya. Balik lambat la, kene marah ngan bos & staff la, pegi court sorang2 la & lain2 lagi..

Abah kata, itulah cabaran..kalau xde cabaran..kita xkan dapat improve diri sebab pengalaman kita sangat limited. Thanks abah, abah telah bagi satu gambaran positif terhadap "mehnah & tribulasi seorang chamber" :)
Setakat ini rancangan untuk chambering masih di sekitar area KL & Selangor. Maybe akan start selepas raya, dalam bulan 9. saya tak mahu ibadah terawih saya terganggu dengan keje2 chambering. Biarlah saya mula lambat pun, asalkan saya puas hati dengan kedatangan Ramadhan akan datang. Insyaallah ^ ^

Haha, bila dah start lambat..habis pun lambat jugak la kan..dalam bulan 5 2013 dah boleh diterima as advocate & solicitor insyaallah. Lepas tu??? hehe, niat saya nak bekerja dengan government. So, tengok la dapat ke tak borang SPA yang saya isi nanti tu. Kalau xdapat, xde rezeki la tu..mungkin akan stay jadi lawyer dulu sekejap then baru masuk kat mana2 bank untuk jadi sekretariat shariah.

Pasal kerjaya je nih..alahai, bab jodoh ni dah malas nak fikir lebih2 laa..ia akan datang bila dah tepat waktunya..even, kata ustazah..kadang2 orang yang kita pernah tolak pun boleh datang balik kat kita kalau dah memang dia jodoh kita..Allah itu bersifat Al-Hakim..perancangan Dia itu Maha Bijaksana..So, jangan question lebih2 bab2 macam ni. Ade la tu hikmahnya, kan? ('',)

No comments:

Post a Comment